Malaysia sebuah negara yang sedang membangun,walaupun kebanyakan dari pembangunan yang di jalankan kurang seimbang dengan pendapatan perkapita rakyat yang boleh di katakan masih ramai golongan yang berpendapatan rendah.
Kalau tangga gaji kemiskinan rakyat di naikkan dari RM800 kepada RM1500,peratusan kemiskinan rakyat meningkat secara mendadak melebihi 24% walaupun kita sudah merdeka 50tahun.
Berbalik kepada tajuk kita iaitu 'Tiru',lihat lah kereta nasional negara...bukan sahaja bentuk di tiru dari beberapa model kereta luar negara,bahkan enjin yang di gunakan hanya di upgrade dari beberapa model kereta seperti Mitsubushi,Renault,Citreon dll.Klau di 'Tiru' dengan enjin keluaran terbaru masih boleh la kita banggakan,tapi enjin zaman 70-an serta 80-an di upgradekan untuk kegunaan rakyat kita.
Itu bab kereta,ini pula bab hiburan...lihat saja rancangan2 seperti Jangan Lupa Lirik,Bolos serta Iklan CELCOM keluar dating dengan monyet...anda semua mungkin tidak perasan,tetapi hakikatnya kesemua rancangan yang di sebut tadi adalah dari negara jiran indonesia.Kenapa perlu meniru?Apakah rakyat kita tidak mempunyai idea atau hanya kerana pemikiran kita yang telah di ajar memikir dalam skop yang kecil?
Saya cukup yakin jika rakyat kita di beri peluang berfikir serta hak untuk bersaing,percaya lah rakyat kita akan menjadi pemikir yang terbaik dalam dunia ini yang boleh di banggakan termasuklah kera2 di dalam hutan yang akan mengaku mereka kera yang berasal dari hutan MALAYSIA...
PAKAI TONGKAT DAH
4 minggu yang lalu
2 ulasan:
SEGALANYA TIRU,YANG TAK TIRU HANYA ALTANTUYA
bebas...
altantuya mungkin tersedak kerana siang & malam menjadi sebutan...
teringat pula tajuk lagu Namamu Jadi Sebutan
Catat Ulasan