Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 2 April 2009

SPR Lagi....-malaysiakini

TAIPING [10.52 pm] - Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat diingatkan supaya tidak menganjurkan sebarang sesi ceramah bagi berkempen dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang kerana ia menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah (foto), berkata parti gabungan Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak boleh mengadakan ceramah atau program berkaitan kerana parti berkenaan tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, PKR dan DAP juga tidak boleh memohon untuk mendapatkan permit ceramah walaupun mereka dikatakan sebagai parti gabungan. "Tindakan mereka (PKR dan DAP) mengadakan majlis ceramah adalah menyalahi peraturan mengikut Akta Pilihan Raya kerana pihak berkenaan bukan gabungan yang sah dan berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

"Kita (SPR) akan memantau tindakan mereka (pembangkang) dan kita akan mengambil tindakan tegas jika terbukti pihak berkenaan melakukan kesalahan itu," katanya. Selain itu, katanya, PKR dan DAP juga tidak boleh memasang lambang masing-masing sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang atas sebab musabab yang sama.


Woit.....nih taikun dari UMNO cawangan mana dalam Bukit Gantang?keh...keh...keh....

Komponen dalam BN tak buat ceramah ker woit....TV pula bahagian UMNO yang ke berapa?ada dalam syarat ker boleh guna media untuk kempen...kalau ada kenapa pula SPR tak tetapkan pada TV untuk pemimpin PR boleh kempen...baru la tak berlaku ceramah parti-parti tak bertanding...

woit....taikun komen sikit berkenaan dakwaan di bawah nih dari pahangdaily...

LUBOK ANTU [10.40 pm] - Seorang pemimpin DAP mempersoalkan pemasangan poster yang tertera wajah pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri di bangunan kerajaan termasuk sekolah menjelang pilihan raya kecil Batang Air, Selasa depan. Menggantung poster di bangunan kerajaan termasuk sekolah adalah melanggari undang-undang pilihan raya, kata Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng. "Saya hairan mengapa ia dibenarkan. Hanya poster calon yang bertanding yang dibenarkan untuk dipasang," katanya. Wong yang juga seorang peguam mahu pihak polis memberi perhatian terhadap perkara tersebut.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa saya nak katakan,
saya kira perkara begini sudah tak jadi cerita pun,pasal spRM dan pdRM tu kita rakyat semua dah tau kan.
Selagi kayu2 api dan kayu2 mampus yg menjadi pegawainya,ppangkat ddan RRMM yg mereka utamakan sampai bila pun kaan terus begitu.
ssiapa ppemberi RRMM mereka lah tuan2 mereka.
Jadi apalah dikirabsangat double std tu biasa lah dalam negara kita ni.
(maaf menulis gaya bodoh,baru belajar komen blog)

Related Posts with Thumbnails