Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 11 September 2008

EMPAT PEMIMPIN PKR (AHLI PARLIMEN) KE TAIWAN


Terkini

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.


Kemaskini

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat.

Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei 12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut.

Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.Sdr Tian Chua juga memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan 49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

sumber daripada
[TUKAR TIUB]

1 ulasan:

dark am berkata...

pegi jangan pulak balik tangan kosong.. hari dah dekat.. kalau tak jadi nanti orang kata gebang besau... bukan senang nak raih kepercayaan orang..

Related Posts with Thumbnails