Aku terpanggil memberi komen terhadap beberapa suara sumbang beberapa pemimpin pemuda di dalam PAS yang menimbulkan syak wasangka di kalangan ahli dalam PR...aku tak kisah jika ianya 1 perbincangan tidak formal antara kalangan ahli akar umbi...
Yang paling mengecewakan aku ianya di tulis dalam2 blog pimpinan tertinggi pemuda...apa yang merungsingkan,ianya mgkin sekadar luahan hati...telah lama aku diamkan diri...bila ada niat dgn cobaan melaga2kan pimpinan PR dgn posting komen YBhg Tn Haji Mohd Sabu dalam blog beliau...
Aku rasa 1 teguran yang perlu dia sedar...ustaz...jawab la dengan bernas...tulis juga la dengan bijaksana...apakah kebenaran cakap YBhg Tn Haji Mohd Sabu apabila dia kecewa dgn ulamak muda?jgn guna hujah yang dangkal & menampak terlalu radikal dalam masa yang sama,soalan para komentar amat mudah & ringkas kadang2 jawapan ustaz mcm budak sekolah...tapi klau hujah komentar bernas...ustaz hanya ignore dari menjawab...
Saya dah anggap anta otak mcm budak2...saya lebih suka sikap membisu Tn Haji kerana sebenar2nya beliau tidak tahu mengenai 16 september bertindak apabila realiti telah berlaku...jawapan mudah,komen cuma ianya khabar angin bukan takat di sarawak & sabah...tetapi ada juga dari kalangan UMNO...
Bila ada hujah saudara mengenai kononnya ramai bukan kalangan MP yang bukan islam akan lompat...menampakkan saudara menolak kaum lain dalam negara ini...aku tahu niat takut hilang kuasa majoriti & suara di parlimen...apa pula jadinya jika majoriti dgn MP UMNO Lompat nanti tak kira la dalam PAS atau PKR menjadikan majoriti melayu/islam itu lebih ramai?waktu tuh apa pula tulisan anta?
Kalau sudah tidak tahu lebih baik diam...ini belum lagi mengenai tulisan serta soalan2 kepada pembaca yang tidak menampak langsung kefahaman anta dalam sebuah parti politik...ana dah anggap pemahaman otak anta dh macam budak2...jadi ana anggapkan komen pada malaysiakini YBhg Tn Hj Mohd Sabu di tujukan kepada golongan ULAMAK MUDA mcm anta
Jangan berbelit dalam penulisan & fakta,Anwar tak pernah marah atau komen terbuka mengenai muzakarah yang kononnya pimpinan senama dgn anda berjumpa paklah selepas 2 hari pilihanraya umum 8 Mac,kata nak saman,paklah mengaku jumpa...mahfuz mangaku tak jumpa,tetiba dgn hati terbuka minta maaf kerana dia di arahkan menafikan & tidak tahu ada perjumpaan...akhirnya serang Anwar habis2an dgn cubaan menutup pekung & kemarahan akar umbi...
Bila nk di hujah dalam muktamar,kononnya melanggar disiplin parti...aku dh jemu dgn permainan nih...sedah lah dari realiti....aku dah muak permainan menampakkan mcm dh jd Fraksi UMNO (aku pinjam dari tulangbesi)...kalau tak suka,keluar saja tubuh parti lain...jangan rosakkan PAS...perjuangan yang murni dari Almarhum Ustaz Fadhil Noor...lahirkan kepimpinan seperti Almarhum & Tok Guru Nik Aziz...bukan takat orang islam hormat,di sanjung orang bukan islam..bahkan di hormati dan di takuti lawan
Betol kan dulu dalaman PAS yang wujudnya kononnya kumpulan Erdogan,Antihusam...Dll,bg aku bila ada tentangan kepada orang yang bg aku akan menjadikan PAS lebih kuat seperti Datuk Husam,YBhg Mohd Sabu,Datuk KJ,Dr. Hatta,Dr Dzulkifli Ahmad,Mahfuz Omar,Hanifa Maidin Dll...golongan mcm anta rasa terancam takut ketinggalan & takut hilang dari sebutan para ahli di peringkat akar umbi.
Bagi ana,klau tak ubah pemikiran anta,ana rasa ulamak muda mcm anta akan menyemakkan lagi pemikiran kritis pada penyokong akar umbi & akan lebih menjauhkan diri golongan muda dgn PAS...waktu itu,jangan salahkan mereka...
Semua ini adalah pandangan peribadi aku,tidak mewakili Parti & harap ianya dpt memberikan gambaran kepada pembaca lain bahawa ada golongan2 mcm nih dalam PAS.Kalau aku salah tafsir luahan YBhg Tn Hj Mohd Sabu...aku minta maaf,tapi aku tetap kecewa dgn komen,andaian & tulisan liar golongan pimpinan muda nih...Wallahualam
ULAMAK MUDA
dikemaskini
Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.
"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.
"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan."(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.
"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India. "Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.
" Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.
"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.
Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu
Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:
Malaysiakini:Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?
Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979.
Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura.
Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa. Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam. Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad. Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).
Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?Perlu banyak peningkatan.
Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun. Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.
Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?
Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu. Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.
Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.
Masalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?
Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.
Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.
Di muktamar Pemuda PAS, (ketuanya) Salahuddin Ayub menyebut dalam ucapan dasarnya, kepimpinan ulama perlu "penilaian semula." Jadi, sebenarnya apa masalah utama?
Macam saya sebut tadi...
Masalah akses ilmu?
Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan.
Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).
Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?
Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan. Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini.
Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...
Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?
Masih mengecewakan saya.Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng.
Kenapa? Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.
Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...
Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.
Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?
Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya.
Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah. Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.
Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...
Tidak ada? Kurang?
Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.
Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".
Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas). Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya).
Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.
Antaranya Tuan Haji?
(KETAWA) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)
Mereka ini dapat lingkungan umur?
Bawah 40 tahun.
Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?
Sebab kita lihat, latar pengajian Haji?(mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia. Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an.
Kebanyakannya lulusan dari India. Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. Lepas itu mereka balik.
Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu. Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator.
Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan. Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.
Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius.Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).
(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.
Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?
Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.
Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.
Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.
Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia. (Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti). Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu.
Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada. Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu. Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?
Maknanya (kepemimpinan ulama) merentas aliran?
Maknanya merentas aliran.Jadi, dasarnya tidak salah. Yang saya sebut ini, pengisiannya itu.
SUMBER MALAYSIAKINI
1 ulasan:
Salam aloha2..
Apa yang hang dok merapu,merungut,berletiaq ni bro..??? Sabaq bebanyak ler..be-enD nak tumbang dah nuuu.....
Catat Ulasan