Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.
Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.
Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.
Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.
Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.
Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.
Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.
“Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.
“Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang),” katanya.
Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.
Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.
Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan