Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 8 September 2008

LOMPAT?


41 MP BN berlepas ke Taiwan hari ini

Sep 8, 08 12:26pm

Sejumlah 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini.Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok.


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini, mengesahkannya ketika dihubungi Malaysiakini.


Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.


Bagaimanapun, lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.


note:jumlah yang aku agak2 49 kerusi nk lompat...klau inilah MP yang nk lompat...apa bezanya umum lompat di taiwan sewaktu DSAI berada di sana atau pun DSAI menunggu ketibaan semua 49 MP di lapangan terbang KLIA atau mereka ini setibanya terus bergegas ker pejabat PKR di Petaling Jaya...tunggu 16 september....najib dah silap bg kelulusan lawatan...

MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails