Kali ini aku tidak dapat mendiamkan diri setelah pelbagai pihak serta masyarakat melihat serta melakukan beberapa aduan yang melibatkan kepimpinan seorang yang berjawatan tinggi di Pulau Pinang iaitu YB Fairus TKM 1 yang di dakwa telah mengkhianati amanah rakyat serta Parti....
Aku sudah lama mendapatkan input mengenai beliau,rasanya aku juga sudah bersiap sedia dgn risiko yang bakal di hadapi jika dakwaan ini membuatkan ada pihak yang kurang senang.....aku rasa amat bertanggungjawab dgn diri aku kerana selama berjuang dengan rakyat sejak era reformasi 1998 sewaktu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga sekarang.....
Sebab itu aku pernah bercakap di dalam pakatan rakyat ada 3 golongan iaitu
1.Golongan era 1998 (kebanyakan anak muda)
2.Golongan selepas pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim 2004
3.Golongan Kemenangan 8Mac & Kemenangan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Bagi aku golongan yang 1 ini telah melalui pelbagai kesukaran bahkan aku cukup yakin perjuangan mereka hingga di penjara serta menghabiskan segala duit simpanan dalam akaun...klau tak percaya,pi tanya bekas2 ketua pemuda keadilan era saudara johari kassim,muhammad rodzi dll....tahap perjuangan mereka tidak dapat di nilai dgn wang ringgit....sewaktu itu ketua perhubungan negeri adalah Dr. Mansor Othman...aku puji sikap & semangat beliau yang mampu bertahan dalam perjuangan rakyat hingga sekarang....
Golongan ke-2 adalah banyak di antara mereka tidak lagi tahan dgn UMNO,ramai juga yang gagal dalam merebut atau mendapat tempat dalam UMNO.Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah peluang utk berjuang sekurang2nya modal yang ada serta kerja buat yang buleh di sumbangkan dapat dilihat dengan mata kepala Datuk Seri sendiri....hat nih aku bley la juga respek...tapi x mcm golongan yang 1 la.....
Golongan yang ke-3 nih ada lah golongan lalang yang mencari peluang apabila golongan muda yang dulunya 98 hanya menjadi pemerhati politik (tak dapat mengundi) & pendokong Barisan Alternatif (BA) telah bangkit bersama2 perjuangan Pakatan Rakyat.Golongan ke 3 ini la kebanyakan dulu penakut nak bangkit bersama anak muda...dalam keadaan seluruh pejuang era 98 & anak muda inginkan perubahan...mereka golongan ke-3 ini hanya menjaga tembolok/perut masing2.
Tapi aku rasa Datuk Seri Anwar harus bijak mengenali golongan2 ini....begitu juga berbalik dengan dakwaan terhadap TKM 1...aku mahukan tindakan segera....apa pentingnya menjaga nama parti atau menjaga amanah rakyat Pulau Pinang sebelum tergadai parti itu sendiri jika di lewat2kan tindakan disiplin kepadanya....
Sebelum ini cerita2 mengenainya hanya aku dgr sewaktu bersembang dgn teman2 di permatang pauh,di komtar & cerita2 TKM 1 sudah tersebar hingga ke kuala lumpur...walaupun 1 ketika aku pernah teruja dgn kepetahan & karismanya....tapi ianya tersembunyi 1 kepalsuan...aku tidak teragak2 nak inform pada semua pembaca setelah aku meneliti dakwaan sebuah blog,yang bg aku cerita sama,tak lari walau 1 dakwaan pun sama ada yang di sembangkan di permatang pauh,komtar,kuala lumpur atau teman2 yang awal mengenali TKM 1 sewaktu menjawat jawatan penerangan di Bahagian Selayang...
Di bawah adalah link dalam blog yang sama cerita dgn dakwaan2 yang aku dengar...klau 1-2 org mungkin aku bley kata ianya sebagai berniat jahat...
Kalau sampai berita yang sama dari semua yang aku dengar...mana mungkin brniat jahat dari orang2 yang berlainan tetapi sama bercerita dari golongan era 1998,2004 & 2008
Aku berharap tindakan segera akan di ambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seberapa segera demi menjaga maruah parti & nama baik para pejuang era 1998...sudah kami bina perjuangan demi kepentingan rakyat kerana Allah...jangan di hancurkan tembok perjuangan ini dengan insan2 yang cuba meranapkan semangat serta roh rakyat....sudah ramai yang cuba membantu TKM 1...tetapi hanya kekecewaan yang di terima....
Angkatan muda Pulau Pinang sudah bersiap sedia untuk menghantar memorandum seberapa segera bagi mempertahankan perjuangan rakyat....di harapkan tembok perjuangan ini tidak akan hancur dek kerana imej yang tercalar di sebabkan seorang individu...
3 ulasan:
i pun dengar macam2 cerita tentang dia...hhmmmm...
salam......... saya rasa email mahupun artikel ini cukup-cukup panas.....
saya sbgai rakyat Pulau Pinang yang mendokong gerakan reformasi dari tahun 1998 lagicukup malu dengan apa yang terjadi setelah kemenangan PR pada PRU ke-12 baru2 ni.... sebelum ini kita mengecam pemimpin2 parti lawan kita yang tidak menjalankan amanah dan tangungjawab dengan betul tapi apa dah jadi sekarang...... umpama meludah ke langit jatuh atas muka sendiri........ macam-macam isu yang telah semua dengar terhadap pemimpin dari PKR di penang nie.... bab tkm 1 ni pun dah lama... 1 ketika dia kata nak letak jawatan pasai tidak sanggup nak pegang amanah nie dengan beban kerja yang banyak... pas tu diam je...lagi pun tkm 1 kita ni bukan lahir dari kalangan korporat ataupun politik.....dengar nama pun, masa ataupun sewaktu kempen nak pilihanraya je.... kalau nak jadi pemimpin kena la bermula dari bawah dulu.....ni kawasan pun x melawat pas 2 nak mentadbir negeri..... pakai hancur le...kita tengak apa dah jadi masa dia ambil alih jawatan prsdnt FAP janji nak cuba pulihkan pengurusan tiba2 setengah jalan tarik diri...... cakap besar tapi apa dah jadi..... lu orang pikir la sendiri...... tak malu ka kita ada pemimpin2 macam ni.... sebab tu la dsai x mahu lagi nak umum bila nak ambil alih kerajaan......pasai ada pemimpin2 yang tak reti nak buat kerja...... baik ahli parlimen, adun , exco kerajaan negeri , pengerusi jkkkk mahu pun pegawai yang di lantik mewakili pkr...... sekarang rakyat sedang menilai kita adakah apa yang kita cakap dan apa yang diperjuangkan kita selama ni betul-betul kita laksanakan......... ingatlah..KEMENANGAN PAKATAN-RAKYAT PADA PRU12 BUKAN DISEBABKAN PKR,PAS MAHUKAN DAP.. TETAPI KERANA RAKYAT MARAH DAN MUAK DENGAN B.N DAN UMNO.....renungkanlah
amar makruf nahi mungkar
HANCUR-HANCUR™
ariosamigos2png®
Salam Sejahtera..
Semoga dengan komen dan hentaman secara terbuka ini,anda akan lebih berhati-hati dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang pemimpin yg dipilih oleh rakyat..serta kena lah bertanya kepada yang lebih 'otai' mahupun orang lama..mereka lebih makan garam dari yg muda-muda ni..harap sdr TKM1 dapat menerima dengan berhemah tanpa menuding jari kepada siapa yang melakukan komplen ini...tu kira baguih la org nak komplen,itu maksudnya ada lagi org bawahan yang sayang pada anda wahai sdr TKM1..jika tiada komplen tak bermaksud anda tu terlampau baguss..tengok cam Ketua Menteri kata..perlunya pembangkang dalam k'jaan negeri, supaya k'jaan lebih efisyen..maka dgn itu, Fikir-Fikir Kan Lahh..
Catat Ulasan