Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 10 November 2008

Senarai Panjang Salah Laku YB Zulkifli Noordin

Sebagaimana lazimnya, saya mulakan dengan memohon maaf kepada para sahabat yang merupakan peminat dan pengkagum YB Zulkifli yang kadangkala saya tulis sebagai Zulkipliarq. Niat saya ialah supaya pembaca tidak tertipu dan ditipu oleh pemimpin yang sebegitu, jika pun anda anggap dia sebagai pemimpin.

Perkara ini merupakan satu kejutan atau pun mungkin dianggap fitnah bagi orang luar atau mereka yang tidak mengenali Zul, akan tetapi adalah merupakan bahan sumpah seranah atau pengetahuan umum kepada yang terlibat seperti area officer, aktivis parti ataupun pegawai petugas pilihanraya. Yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini.

Jangan pula sewenang-wenang menuduh saya agen Umno atau pensabotaj parti. Saya sentiasa ikhlas dalam perjuangan rakyat. Ini bukan soal memburukkan parti cuma mendedahkan apa yang buruk tentang si polan itu yang telah mendatangkan banyak masalah kepada aktivis serta pegawai parti. Jika ia berjaya berubah kepada yang baik, Alhamdulillah. Tetapi, kita telah sedia maklum tentang niat jahatnya untuk berkampong dengan Najib! Bagaimana ya?!

Senarainya yang berjaya dikumpul setakat ini ialah:-

1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.

2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.

Setakat ini, itu sahaja yang berjaya saya kumpul dari majlis bercerita serta perbincangan sesama sendiri yang senantiasa dijalankan demi memperkuatkan lagi perjuangan untuk rakyat.
Sekian. Wassalam.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

- Mi Itik


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails