Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 25 Ogos 2008

RAMLANG PORIGI-Ianya Satu Konspirasi

Ustaz Ramlang Porigi tiga dari kiri,turut kelihatan dua dari kiri YB Azmin Ali,YB Dato Zahrin Hashim,YB Dr. Mujahid Yusoff Rawa & Dr. Mansor Othman


Orang ramai yang turut serta di Yayasan Aman,mendengar sidang media diadakan


Di hadapan pintu sidang media diadakan sesak dengan kehadiran penyokong & pengundi tempatan.


YB Tian Chua berada di hadapan penyokong memberi kata2 semangat agar apa pendedahan Imam Ustaz Ramlang menyemarakkan lagi semangat para penyokong.


Para Wartawan mula keluar selepas sidang media berakhir...turut kelihatan YB Husam Musa (tiada dalam gambar) memberi semangat kepada hadirin.

Selepas menghadiri beberapa siri ceramah bersama TG Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi mengadakan sidang akhbar di Yayasan Aman, Penanti sebentar tadi.


Didalam sidang media tersebut, Ramlang menjelaskan bahawa beliau bukan lah Imam Besar Masjid Wilayah seperti yang siarkan didalam akhbar, malah beliau sendiri tidak pernah merasakan bahawa beliau seorang ulama seperti yang diwar-warkan.


Beliau menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak atasan untuk menghadiri majlis tersebut. Secara kebetulan, beliau baru saja melangsungkan majlis akad nikah dan itulah sebabnya mengapa beliau memakai jubah dan kopiah berwarna merah, yang merupakan pakaian seragam imam.


Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.


Dimajlis tersebut, Saiful telah bersumpah bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau tetapi telah tersilap semasa menyebut tarikh dimana Saiful telah menyebut 26.8.08, bukan 26.06.08.



Ramlang juga berkata bahawa sumpah tersebut tidak boleh dipanggil sumpah mubahalah kerana hanya satu pihak yang hadir. Didalam sumpah mubahalah, kedua-dua pihak wajib hadir dan sumpah mubahalah hanya perlu dilakukan selepas mahkamah tidak dapat memperolehi bukti dalam sesuatu kes.


Apa yang dilakukan oleh Saiful ialah sumpah laknat. Beliau juga mengatakan bahawa Saiful tidak menunjukkan wajah kesal atau bersalah semasa bersumpah, malah tidak menunjukkan rasa takut sama sekali.


Ramlang menjelaskan bahawa beliau mendaftar sebagai ahli Umno kerana hendak menolong kawan, tetapi tidak dijelaskan apakah pertolongan itu. Beliau menjadi ahli Umno pada tahun 2003, sebelum berhijrah keKuala Lumpur pada tahun 2004.Beliau juga menjelaskan tiada memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau juga tidak merasa kesal diatas pendedahan ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam Umno.


Ketika ditanya apakah sumpah Saiful ini satu konspirasi, Ramlang tidak menolak kemungkinan kerana ianya dilakukan sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh.


Ramlang menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana tidak tahan dikutuk dan dicerca selepas akhbar menyiarkan penglibatan beliau didalam majlis sumpah tersebut. Malah selepas majlis tersebut, dan selepas menerima pelbagai cercaan dan kutukan, tiada pihak yang mahu menjelaskan keaadaan mempertahankan beliau. Dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Pakatan rakyat kerana memberi peluang untuk menjelaskan keadaan.


Ramlang juga menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa ganjaran atau imbuhan dari mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah beliau tidak merasa bimbang terhadap keselamatan beliau, Ramlang menyerahkan kepada Tuhan.


(Aku Ciplak Depan Tokey Posting [MSK] )


Dalam pada itu juga,beliau turut di tanya mengenai kemungkinan risiko tindakan akan di ambil mengenai jawatan beliau sekarang di Masjid Wilayah 'Saya akan tetap bertugas seperti biasa di masjid berkenaan,jika tiada apa2 tindakan daripada jabatan'

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails