Kelmarin adalah hari terakhir yang telah membuktikan rakyat telah menolak sepenuhnya pembohongan yang mereka canangkan sebelum ini dengan menghina DSAI serta memperkecilkan hubungan PR yang terjalin sebelum ini walaupun ada segelintir rakan dalam PR bagai unggas2 yang berterbangan di luar terangan lampu kalimantan tak malu nk mengapai cahaya...
Sebelum aku nk menceritakan kronologi PRK ini,aku nk ulas sikit mengenai keputusan pilihanraya kecil di permatang pauh ini walaupun hampa semua dah tau keputusan tersebut hingga Kera Jadian pun akan terus jadi kera tidak bertukar jadi manusia kerna terkejut keputusan kelmarin...
Aku ada di Yayasan Aman sewaktu pengumuman keputusan,setelah penjumlah dari Daerah Mengundi di kumpulkan di bilik gerakan utama PKR di sana...YB Azmin Ali telah membuat pengumuman 1 per 1 keputusan penjumlahan...
Aku pada sekitar jam hampir 9 malam,semua di kawasan bilik gerakan di maklumkan melalui sms keputusan tidak rasmi YB Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi dengan jumlah majoriti 17,652...selepas itu 16,534 akhirnya di maklumkan pihak SPR telah mengumumkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 hat mana satu betul nih???makin turun pula
Hari ni dalam jam 2 petang,aku ke kedai gunting rambut pasal Topeng_perak (Perisik-Rakyat) sudah bernazar untuk botak sekiranya DSAI memenangi pilihanraya kecil ini walaupun dengan majoriti '1'
Perisik Rakyat Botak Kepala Bayar Nazar
Aku terlihat Utusan Melugai atas meja kedai gunting muka depan hari ni memaklumkan kemenangan DSAI,aku pun baca la sepintas lalu walaupun aku boikot Utusan...baca nk tgk apa yang depa merapu...tertulis didalamnya DSAI dgn majoriti 15671...pelik...pelik...
Tang mana plak yang pelik?tertulis di dalam katanya,Timbalan Pengerusi SPR yang dihubungi BERNAMA juga mengesahkan kemenangan DSAI dengan majoriti tersebut,manakala yang keluar mengundi 38144...
Aku nk bagi korang pikir sikit guna akal yang mana beku boleh cair,yang mana bengap boleh cerdik,yang mana bengong boleh pandai,klau sanggup kena tipu...korang telan la mcm mkn panadol time sakit kepala...
Aku tak pasti sama ada Utusan menipu..Pegawai SPR menipu...Mata aku kelabu...atau memang aku samdol sampai tak reti nak kira,maklumla matematik masa aku exam pun tak pernah lulus...hampa yang baca pengiraan aku nanti pun akan jadi gila tahap tenggiling...
Fakta:
38,144 pemilih berdaftar (65.25 %)
keluar mengundi Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 15,524
Undi Rosak: 447
Jumlah Semua Kertas Undi: 47,258
Jumlah undi Pos: 490
( jumlah ini menunjukkan bahawa yang keluar mengundi termasuk pengundi pos adalah 47,258 orang iaitu 81.68% iaitu peratusan yang sama dengan jumlah yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke12, 8 Mac lalu)
SENANG cerita
PKR : 31,195
BN : 15,524
AKIM : 92
Undi Rosak : 447
JUMLAH : 47,258
Woi...hampa kata yang keluar mengundi 38 144 hanya 65.25 % iaitu merosot sebanyak 16.62 % berbanding dengan peratusan mengundi pada 8 mac lalu-Menipu lagi ????bengong !!!
Kalau aku kira pula jumlah umum kemudian di tolak dengan jumlah umum awal jadi mcm ni...
47,258-38,144 =9114 (kalau 38,144 berdaftar...baki nih tak berdaftar la)
Agak2 hat 9114 tuh mai mana?pengundi hantu yang PR hantar?JPN bukan kita boleh pi buat IC untuk pengundi baru...Tukar atau Buang senarai daftar pemilih di SPR?Tan Sri Rashid pengerusi SPR tadak kena mengena dengan PR,bukan adik beradik dengan DSAI,bukan menantu DS haji hadi jauh skali anak menakan Lim Kit Siang...
Maknanya jika di nilai dengan angka di atas bermakna wujudnya pengundi yang tidak di kenali...hantu tak bertuan sebab hantu2 ini berbayar...mcm beli barang kat kedai ah chai,bayar & balik...situasi nih Undi & balik...kecuali jika ada yang tertangkap oleh bomoh yang tak berguru sewaktu hantu2 nak pi mengundi...
Ini bermakna hantu2 tersebut mengundi Ariff sah,mana mungkin undi AKIM sebab haji pi yang sempat aku bergambar dengan dia pun dapat hanya 92 undi...mana mungkin hantu 9114 nak undi haji pi...cucumatkilau pun kata dia tuh pun boleh berubat jadi bomoh...hantu pun takut nk dekat dgn dia...
Jadi kita kira pula jika undi 9114 tuh adalah hantu2 yang di ajar oleh tuannya undi ariff shah
15,524-9114 = 6410 (jumlah undi sebenar arif shah?)
Ini bermakna kiraan yang aku rasa korang boleh kira tentang kebenarannya,kalau tak reti sgt pakai otak jepun...ada butang 0-9...pepandai la nak tekan & kira angka aku bagi tuh...
Jika mcm laporan awal tuh,DSAI menang dengan majoriti yang lebih besar...aku tak menipu...klau hampa tak percaya...pi la selak esok kertas bungkus nasi lemak kedai timah janda paper utusan hari ini...
PKR : 31,195
BN : 6,410
Jumlah : 24,785 <---ini sebenar majoriti DSAI Tapi aku tak kisah & tak terkejut la...dh memang keja depa menipu...tapi aku rasa klau lagi gempaq keputusan yang keluar Haji Pi mengalahkan Dato Ariff shah,confirm BN dok kira jari tgn & kaki bahkan yang paling trajis skali jika Haji Pi mengalahkan Ariff shah dgn DSAI walaupun dgn majoriti '1'...silap haribulan penyokong BN & PR yang datang dari jauh2 seluruh Malaysia terus SASAU !!! Lu Ada Akal,Lu Pikir La Sendiri !!! Aku baru jumpa dalam 1 blog Forum,hampa klik kat [SINI]
3 ulasan:
perisik rakyat botak pun ok gak...tabik spring buat p.r...botakkan rambut anda tanda sokongan...lepas ni giliran Aloha plak
sya...
haha,muka tak hensem klau botak
Salam aloha2...
Muka tak ensem takpa kalau BOTAK..tapi nampak cam bodi-guard,garang broo...misai lak kena simpan bertaring..kompom org takot nak tegoq..hahaha
Catat Ulasan