Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 29 Julai 2009

Genap Setahun Sudah - Malaysiakini

Salam sejahtera,

Sejak tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 dengan keputusan pilihanraya umum pada ketika itu menunjukkan Pakatan Rakyat dalam mempertahankan Negeri Kelantan,merampas Negeri Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan hampir menyapu bersih kesemua Kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.Negeri Sembilan & Melaka hampir dapat di rampas.BN bergantung nyawa di Sabah & Sarawak

Tsunami politik ini juga telah menyebabkan Barisan Nasional kurang 2/3 penguasaan majoriti kerusi di Parlimen.Penguasaan Pakatan Rakyat tidak dijangka sama sekali oleh Barisan Nasional.Dalam semua senjata mereka menghalakan untuk merampas Negeri Kelantan,mereka terpaksa akur dengan keputusan rakyat yang memberikan kemenangan bergaya kepada Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan,salah satu faktor yang memenangkan Pakatan Rakyat selain daripada isu-isu yang disebut para pemimpin Pakatan Rakyat ialah penguasaan laman maya sebagai sumber maklumat yang cepat dan padat.Kalau sebelum PRU-12 aku hanya membaca sumber-sumber maklumat terkini,hampir Pilihanraya Kecil Permatang Pauh (yang telah dikosongkan Datuk Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail) aku mula berjinak-jinak menulis blog.

Pelbagai sumber mudah di olah untuk disampaikan kepada pembaca,terutamanya berkaitan dengan isu-isu Datuk Seri Anwar & waktu PRK permatang pauh.penulis bloghijat adalah individu yang mengajar bagaimana untuk membina dan menulis blog sendiri.

Banyak yang aku pelajari daripada beliau,bahkan dia juga boleh dikatakan sebagai otai para bloggers yang baru sekarang ini di penang.Tidak lokek dengan ilmu dan tidak jemu melayan karenah kawan-kawan yang sikit bengong nak gunakan function dalam memblogging nih.

Hari ini genap setahun blog ini wujud dan lebih daripada 84000 yang sudah view artikel sama ada ditulis aku sendiri ataupun daripada sumber-sumber alternatif lain.Bahkan kewujudan blog-blog baru atau yang lama tidak dapat dinafikan fungsinya dalam memberikan maklumat serta isu-isu terkini berkenaan perkembangan positif politik Pakatan Rakyat di tanah air.

Terbukti,hujung jari pembaca-pembaca telah menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lalu.Hujung jari pembaca-pembaca juga menjadi bahan alternatif dalam dialog-dialog tidak rasmi di rumah kenduri,kedai-kedai kopi,bilik seminar,mesyuarat jabatan kerajaan serta ianya menjadi media alternatif kepada rakyat malaysia.

Selamat membaca & selamat berfikir dengan kupasan serta maklumat-maklumat yang diketengahkan oleh para bloggers.Wassalam

2 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

oittt...kembangnya ekzos aku bila hang puji lebih2...hahahahahaha....mana ada aku ni la ni OTAI...nuu..dinbinjai a.k.a sharpshooterblogger la OTAI la ni...aku just blogger bodo ja...dak, SUNGGOHHH....!!!

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ berkata...

aik...kenapa aku pulak..kenapa aku... aku tak dak kena mengena dalam soal ini...he..he..aku tak sampai sebulan jadi blogger.. mana boleh jadi otai..

Related Posts with Thumbnails