Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 29 Julai 2009

MELAYU TAK WUJUD SEBENARNYA- malaysiakini

JULAI 29 — Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.

Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.

Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.

Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?

Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989.

Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.

Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.

Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.

Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.

Jangan terkejutlah kalau artikel ini masuk dalam artikel popular dibaca di dalam The Malaysian Insider, almaklumlah tajuknya sendiri memang dekat di hati pembaca TMI.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails