Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.
cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..
Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.
Mahkamah yang diberikan persepsi kononnya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.
2 ulasan:
errrmmmmm......cilok jugakk...ingatkan nukilan sendiri...sembang dengaq berkobar-kobar...
kah kah kah bagus la ajar la semua umat ISLAM di MALAYISA ni cara-cara menyebar fitnah..
Bagus lah ye..
Dan mcm mana nak bangun kalau SAKIT BELAKANG??
Catat Ulasan