Aku just nak ringkaskan point penting,pepandai hampa nak kupas la ya pasal aku pun macam rakyat lain juga merasakan UMNO ZAMBRY & UMNO NAJIB takut nak bubar DUN Perak kerana beberapa alasan seperti Di bawah:-
1.UMNO/BN Takut KALAH lebih banyak daripada 28 kerusi yang ada sekarang,kerusi 3 si katak lompat lagi teruk...nak lagi teruk BN letak calon yang melompat-lompat tuh.
2.UMNO/BN Takut makan diri dengan isu rampas kuasa apabila PR akan guna kempen Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Mereka boleh nafi tapi bak kata Dr Tan Seng Giaw MP Kepong dalam HUJAH TV9,BN cakap macam-macam "maklumlah kerana lidah tidak bertulang"
3.UMNO/BN Takut isu derhaka akan balik kepada mereka,yang pastinya rakyat Perak lebih mengetahui isu Tan Sri Ghazali Jawi tahun 1974 krisis Perlembagaan juga apabila pertembungan Almarhum Sultan Idris dengan UMNO,Pemuda UMNO dll.
4.UMNO/BN Takut kerana rakyat semakin bersimpati dengan Y.A.B MB Nizar apabila SUK dok jerkah ikut sedap mulut kat MB yang menambahkan lagi kemarahan terutamanya akhbar cina yang membuat kupasan nyata situasi berikut.
5.UMNO/BN Takut pada laporan intelligence yang telah memberi maklumat mereka tidak akan memenangi kerusi DUN Perak lebih daripada 28 kerusi.
6.UMNO/BN Takut untuk berkempen dengan segala kesilapan dalam rampasan kuasa kerana akan makan diri seperti isu tanah,isu penderhakaan,isu penipuan & lain2.
7.UMNO/BN Takut dihukum teruk oleh rakyat Perak akibat proses "peruntukan" bantuan serta kekeliruan rakyat mengenai masalah pembangunan negeri tidak terlaksana teratur akibat krisis perlembagaan yang BN sengaja cari pasal menyusahkan secara total rakyat Perak.
8.UMNO/BN Takut jika berlaku pembubaran DUN,semangat serta jentera PR akan tertumpu daripada seluruh Malaysia ke Perak.Perkara ini juga merisaukan BN kerana semangat petugas PR tidak seperti mereka yang bekerja hanya untuk wang.
9.UMNO/BN Takut kepada undi senyap rakyat serta undi cina serta india yang secara total dapat dijangkakan akan terarah mengundi PR.
10.UMNO/BN Takut malu besar bila mereka mengatakan rakyat Perak gembira BN mentadbir semula di Perak,sekiranya kuasa Allah BN kalah teruk & PR menguasai kerusi lebih daripada yang sedia ada sekarang ini bermakna rakyat Perak tolak mereka bukan hanya 8 Mac 2008 bahkan sehingga PRU 13 InsyaALLAH mereka belum mampu menghidu kemenangan dengan apa yang mereka lakukan sejak awal Februari 2009.kemaluan mereka akan semakin membesar dan terus membesar.
Ayam Halia Campak-Campak
Sebulan yang lalu
6 ulasan:
aku rakyat perak x ku hingin Nizar yang jadi kuda DAP..Majoriti orang mlayu rakyat tak suka Nizar la!.
lebih baik jadi kuda dap dari kuda be end dan umNO...wakakakakaka..
Jom Bubar!
Suara Anak Perak!
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
siapa kata Nizar jadi kuda DAP tu???Bodoh la yang berkata begitu.!Habis tu Zambry tu kuda MIC dan MCA ke? Kenapa pulak lantik Ganesan jadi speaker sedangkan BN ada 27 Dun melayu.Semuanya nak perbodohkan Melayu ke?
memang ngok pun yg dok kata Nizar tu kuda Dap...aku Melayu Perok tetap sokong Nizar...Umno tu dengki dan jeles sbb pemimpin deme takde sorang pun yg dapat tandingi kreadibiliti yg hebat macam Nizar yg disayangi oleh semua bangsa kat Perok. Sbg org Melayu aku lagi tak sanggup diperkudakan oleh pemimpin Umno yg hanya nak menjaga perut deme dan suku-sakat deme. Buktinya deme taknak bubar Dun takut periuk nasi deme terkirap...kalau deme pentingkan rakyat bubarlah Dun...ape pasal takut...
Kalau dah majoriti rakyat Perak & orang melayu tak suka Nizar.bubar jer DUN Perak.NGOK!
Catat Ulasan