1.Mungkin akan berlaku pilihanraya DUN Perak yang akan di bawa sendiri oleh ADUN Pangkor Zambry Kadir.
2.BN akan menyatakan kepada rakyat 'Demi Kepentingan Rakyat,BN Sanggup Korbankan Jawatan MB & Exco Untuk Mendahulukan Kepentingan Rakyat Dengan Pembubaran Untuk Pilihanraya DUN Perak'.
3.Cubaan menutup kelemahan akibat gila kuasa merampas Perak daripada Pakatan Rakyat,pembubaran DUN haruslah didahului daripada pihak BN.
4.Akan menggunakan fitnah terhadap MB Nizar kononnya gila kuasa MB,tak sanggup nak keluar daripada Pejabat SUK apabila Mahkamah Rayuan Tangguh keputusan Mahkamah Tinggi sepanjang kempen pilihanraya Perak.
5.Persiapan untuk ulangi fitnah-fitnah yang sama bahawasanya MB Nizar Boneka DAP,Komunis,Anti Melayu,Derhaka & sebagainya sepanjang tempoh berkempen.
6.Akan mengedar CD yang kononnya Pakatan Rakyat yang mulakan kekecohan di Dewan DUN Perak (rujuk Berita Hairan hari ini rekod cd tanpa sunting 7 jam).
7.Akan buat segera sidang DUN yang kononnya bagi mereka halal untuk membuat undi tidak percaya kepada MB Nizar (Tindakan Terdesak Mereka) jika mereka tidak mengambil langkah pembubaran DUN.
8.Pembubaran DUN adalah cubaan menutup segala kepincangan pelanggaran perlembagaan oleh BN daripada mula berlaku Februari 2009 sehingga penghakiman Mahkamah Tinggi kelmarin yang secara jelas memperincikan Perlembagaan undang-Undang Tubuh Negeri Perak agar ianya tidak digunakan oleh PR sepanjang kempen pilihanraya Perak.
9.Cubaan untuk menggunakan ruang beberapa hari ini untuk mencari jalan menghalalkan segala tindak tanduk mereka di Perak untuk mereka kelirukan kepada rakyat Perak ketika kempen pilihanraya.
10.Akan menggunakan segala jentera kerajaan kerana pembuburan DUN dibuat di bawah kononnya Zambry sebagai MB bukannya MB Nizar.Ini bermakna segala cara akan dihalalkan oleh mereka sepanjang kempen termasuk menutup ruang penerangan PR dengan menggunakan Polis sepertimana yang mereka pergunakan sebelum ini.AWAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan