Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 6 Februari 2009

PESANAN MB UNTUK STAF SUK - malaysiakini

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.

Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yb nizar,
the majority of us malaysians (not just perakians) is 100% SOLIDLY behind u sir!

carmanio.

Tinta Rakyat berkata...

Doaku agar dirimu sejahtera

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB, kekalkan prinsip yang dipegang! Biar pun ombak datang mengganas, biar pun taufan dan halilintar datang membelah bumi, Perjuangan mesti diteruskan.....
Kepentingan rakyat Perak adalah keutamaan!!!

www.katobengke.com berkata...

selamat and sukses yah mogah kamu tetap berjaya...amin

kekwa66 berkata...

Ya...Tuhan akan sentiasa di sisi orang yang benar...sabar banyak banyak ya!

Related Posts with Thumbnails