Tanggal 5 Februari 2009 memalitkan satu tinta sejarah yang perlu dipahat oleh semua rakyat Perak khususnya. Kerajaan PR yang diterajui oleh Dato Seri Ir Nizar untuk kesekian kalinya diuji. Kali ini mehnah dan tribulasinya maha hebat.Kuasa pemerintahan PR yang berusia 11 bulan dirampas secara tidak bertamadun oleh pembangkang (BN) setelah usul pembubaran DUN Perak tidak diperkenan oleh ke bawah duli Sultan Perak.(gambar ehsan Al-Banjari Online)
BN sekonyong-konyongnya telah mengumumkan bahawa mereka memperolehi sokongan majoriti apabila 3 ADUN PR yang telah mengisytiharkan diri sebagai ADUN BEBAS melompat dan menyatakan sokongan kepada BN.Ini telah mencetuskan suasana huru-hara dan kecelaruan di kalangan rakyat yang memang telah memberi mandat kepada kerajaan PR pada PRU-12 yang lalu.MB Dato Seri Ir Nizar dan semua ahli Exco kerajaan Negeri Perak yang sah telah dipaksa untuk meletakkan jawatan oleh pihak Istana Perak dengan kadar segera atau sekiranya mereka gagal berbuat demikian jawatan tersebut akan dikosongkan.
Persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran setiap rakyat yang cintakan kebenaran mengapa pihak Istana tidak menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat yang memutuskan siapa yang berhak menjadi kerajaan yang wibawa.Lantas Dato Seri Ir Nizar dan semua 27 ADUN yang masih berada dalam PR telah sebulat suara bersumpah untuk mempertahankan jawatan masing-masing dan seterusnya mengambil ketetapan memboikot majlis angkat sumpah MB Perak yang baru . Majlis yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar itu antara lain menyebut bahawa upacara itu pada awalnya akan berlangsung jam 9.30 pagi tetapi telah ditangguhkan ke jam 3 petang ini (Jumaat).
Sehingga jam 11.45 malam tadi selesai pimpinan PR menyampaikan amanat kelihatan ribuan penyokong PR masih berkampung di Kediaman rasmi MB Perak walaupun ada usaha-usaha untuk menyekat kemaraan mereka dengan cara yang paling tidak bertamadun iaitu memotong bekalan elektrik !
[Sila rujuk undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak sebelum mendakwa pemimpin Pakatan menderhaka,apakah menghalalkan cara dengan sengaja oleh UMNO/BN serta media terutamanya seolah2 tiada etika yang tidak menceritakan kebenaran perlembagaan undang-undang negeri yang terang-terang tidak di ikuti.Ini bukan tubuh kerajaan,tetapi rampasan kuasa.Tapi apa nak buat,akan ada sekonyong-konyong cybertrooper BN yang akan menggunakan isu ini kononnya pembelaan kepada orang melayu...Apakah melayu terbela sepanjang 50 tahun mereka memerintah?jawapan hanya pada anda semua.Dinasti Umaiyyah pun boleh tumbang,ini fakta sejarah!!!]
Alahai
Ayam Halia Campak-Campak
Sebulan yang lalu
3 ulasan:
lepas nie kedah pulak..tunggu...adun lunas call dah tak dapat
PAKATAN RAKYAT PENDERHAKA.
KITA REMBAT JE BERAMAI-RAMAI
NIZAR MENGAMOK PADA BANG NUAR NYA...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/kau-tipu-aku-anwar.html
Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Maka isunya yang menjadi duri dalam daging adalah samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan Undang2. Blog Kerajaan Rakyat merujuk kepada undang-undang tubuh Negeri Perak sepertimana yang tertulis didalam surat Dato Seri Nizar. Saya cut n paste dari surat tersebut;.
“Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa
“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive CouncL.
Pada tafsiran Pakatan Rakyat, ianya mesti berlaku semasa sidang DUN.
Saya ada melawati blog ‘lawyer kampung - http://lawyer-kampung.blogspot.com/‘ dan mendapati undang3 tubuh fasal 16 yang dimaksudkan berlainan sedikit dan tidak seperti yang terdapat di dalam surat MB Dato Seri Nizar.
Saya catitkan saja sebab tak berjaya nak copy kesini.
“if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly, then unless at his request his Royal Highness dissolves the Legislative Assembly he shall tender the resignation of the Executive Council”
Tidak pasti undng-undang tubuh yang mana yang sahih (authentic). Tapi ada perkataan `members’
Pun begitu, berdasarkan undang2 Tubuh negeri Perak sepertimana yang saya perolehi dari blog `lawyer kampung’, undang2 tubuh Perak tidak menetapkan bahawa hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN terhadap MB perlu semasa sidang DUN. Maka sebaik sahaja Tuanku pasti MB Dato Seri Nizar hilang majoriti, dan DUN tidak dibubar setelah dipinta, Dato Seri Nizar hendaklah meletak jawatan bersama-sama EXCOnya.
Disini, persoalannya apa ayat-ayat sebenar undang2 tubuh negeri Perak yang sebetulnya. Apakah Tuanku Sultan tidak tahu atau memahami undang-undang tubuh negerinya sendiri? Perlu ingat bahawa Tuanku Sultan adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Federal dan amat arif dalam selok belok undang2.
Saya amat berterimakasih jika ada yang dapat sediakan scan copy Undang2 Tubuh Negeri Perak dan bukan apa yang diambil dari surat Dato Seri Nizar. Ini adalah supaya perbincangan isu samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan undang2 berjalan atas landasan yang betul.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Nota: sila lawat juga http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=101#comment-1713
Catat Ulasan