Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 3 Februari 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak- JANGAN CEPAT MELATAH!! ~ malaysiakini

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.


Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan.

Beliau adalah antara anak didik Allahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau!

Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan!

UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

http://saifulmerbok.blogspot.com/2009/02/kisah-2-adun-pkr-perak-jangan-cepat.html

3-2-2009

3 ulasan:

kulatlapok berkata...

sEBENARNYA DUA EKOR MANGKOK HAYUN NI DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. DUA EKOR NILAH MENYEBABKAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT MENDAPT TEMPIASNYA AKIBAT KEBUSUKAN PERANGAINYA....DAP KINI HANYA MEMBISU...JANGAN JADI TALAM 5 MUKA SUDAH...aku tak MELATAH tapi naik MELUATTT DAHH..BELUM CUKUP SETAHUN TAPI DAH BUAT KECOH, CAMNE NAK BUAT KEROJE LAGI 4 TAHUN?????

Tanpa Nama berkata...

kalau betul dia pejuang lama buat apa dia sokong bn masuk tv dengan najib.dia kata pkr nak tolak dia.letak jawatan saja.jadi calon bebas konon.jadi calon bebas tak akan sokong pihak mana pun kecuali perkara yg memberi kebaikan untuk rakyat.ni terhegeh-hegeh depan najib.
aku pun pejuang lama.walupun tak punya pangkat kesetiaan tetap ada.
mat tg bunga.

Tanpa Nama berkata...

tak belajar lagi ke...teman baik kah! kah! Kah! itulah duri dalam daging, yang baik laa nak menjatuhkan kita.tak perlu dibela dua mangkuk nie, jangan sampai kerpercayaan pakatan goyah. tolong siasat lagi masih ada saki baki darah umno dlm PR..

Related Posts with Thumbnails