Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Ahad, 26 Oktober 2008

Pemuda Pakatan-Najib Perlu Di Gantung Tugas

Eurocopter: laporan BPR terhadap Najib

PUTRAJAYA,24 OKTOBER (SK)- TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas.

Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 di Parlimen 13 Oktober lalu.

Ianya berdasarkan kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services,yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.


Ketika ditermui di luar perkarangan Ibu Pejabat BPR Shamsul turut berkata beliau yakin ada unsur penyelewengan yang berlaku di dalam pembelian berkenaan.

“Kita yakin ada unsur penyelewengan didalam didalam pembelian berkenaan,” katanya lagi.
Gantung Tugas Najib

Dalam kenyataan bersama, Shamsul turut mendesak agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantungkan tugas Najib kerana penyelewengan ini berlaku ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.

“Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopyer ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada,”katanya lagi.
Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails