Kat sebelah ni print screen dari blog ANGIN PERUBAHAN.nampak tajuk, gambar dan jugak sikit komen dari blogger blog ANGIN PERUBAHAN?Aku taip balik kot-kot hangpa tak nampak - Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang.
Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan.Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan.
Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?
Hari ni pulak dalam Malaysiakini ada 1 berita bertajuk Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur.
Aku ambik sikit petikan berita tu : Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.
"Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya."Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.
Lepas ni aku nak tengok apa komen-komen pencacai-pencacai UMNO/BN dan jugak tuanpunya blog ANGIN PERUBAHAN tentang kenyataan Najib semalam.Hangpa nak habaq apa pulak lepas ni?Jilat jangan tak jilat..!Khaakkkkkk Ptuuuiiihhhhhh!!!!!
2 ulasan:
kita sendiri boleh agak apa yang diorang akan jawab...
'kami setuju DEB dihapuskan beransur-ansur, tidak seperti PR yang ingin menghapuskan terus DEB
kah kah kah....
p/s jangan pulak penyokong PR selepas ni buat perkara yang sama....bila je pemimpin PR buat statement yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan sebelum ni, sesetengah senyap, sesetengah sokong dengan pelbagai excuse...
-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com
sejak kebelakangan nie, aku rasa yang jadi pm adalah anwar dan bukannya paklah. Sapa yang nak turunkan harga minyak?
sapa yang sibuk tentang kemelesetan ekonomi sedangkan puak umno sibuk dengan pemilihan depa.
Sapa yang nak buang DEB?
korang fikir lah sendiri sebab aku dah malas nak fikir...hahahahaha
Catat Ulasan