Dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya,2 keluarga di kampung aku di 1 mukim di kariah yang sama terdapat peristiwa yang boleh menjadi renungan & tatapan buat semua pembaca....
Pada ahad 2 hari lalu,sehari sebelum sambutan deepavali yang di rayakan oleh mereka yang beragama hindu...berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian di kawasan sungai dua seberang perai pulau pinang....mungkin perkara nih menjadi biasa apabila berlaku kemalangan yang meragut nyawa...tetapi mungkin tidak bagi keluarga arwah...
Pada malam sebelum berlaku kemalangan,rakan2 di kampung berborak di tempat biasa kedai mamak Mohamad di taman fajar di nibong tebal...mcm biasa,sembang2 kosong menantikan perlawanan bola 'live' liga enggeris...lupa pula aku pasukan mana yang bertembung sekitar jam 11 mlm hari sabtu malam ahad baru2 nih...aku jarang sangat nk hafal perlawanan liga enggeris nih walaupun aku cukup minat dengan pasukan liverpool....
Teman2 di kampung berbicara juga kisah dalam bulan ini saja,di dalam kariah kami sudah berlaku 4 kematian...ada juga cakap2 bila mana orang tua2 cakap klau dalam 1 kariah ada kematian dalam sebulan selalunya no ganjil...1,3,5 dan sebagainya...jadi kami pun saja la dok cakap...klau mcm kata orang tua2,kariah kita baru 4,siapa yang nk jadi no ganjil sebelum habis bulan nih?
Persoalan tersebut berlalu dengan begitu saja...menjadi seribu persoalan yang di ketahui hanya yang MAHA ESA....
Abang Cha...bapak kepada amir pulang awal kerana mahu menonton bola di rumahnya & mahu berbincang dengan sedara mara lain berkaitan dengan persiapan kenduri pernikahan anak lelakinya iaitu amir...
Aku di maklumkan oleh abang cha,sewaktu arwah amir keluar buat kali terakhir pada malam tersebut lepas perlawanan bola sepak apabila menerima panggilan telifon dari rakannya...jarum jam sudah menunjukkan jam 1 pagi...
"hang nk keluar lewat malam nih,pukui berapa hang nak balik?"
"Ceq balik lewat malam nih abah,esok ceq tidoq 2 hari puas2 sebab cuti ahad dengan deepavali isnin nih"
Keluarlah amir dengan temannya rakan sebaya yang baru dapat kerja 2 minggu dengan syarikat yang dapat kontrak pembaikan talian telekom....malam sebelum tuh,amir & rakan sebayanya ini sudah membeli stor burger secondhand dari kawan di kampung yang sama...di usung malam tersebut dgn niat nak berniaga burger lepas deepavali nanti....
Mereka memandu kereta pada malam tersebut...pada malam itu juga adalah malam terakhir abang cha & bapak rakan amir ini melihat kelibat mereka berdua bernafas seperti kita sekarang...
Keesokan paginya,sekitar jam 8 pagi...rumah abang cha di datangi sebuah kereta peronda polis...
"Kami nk maklumkan pakcik harap bertenang & bersabar...kami nak maklumkan,Amir anak pakcik meninggal dunia jam 5 pagi di hospital seberang jaya kerana terlibat dalam 1 kemalangan jalanraya di sekitar kawasan sungai dua...."
Abang cha yang malam itu tidor lepas subuh sesudah selesai perbincangan dengan ahli keluarga mengenai persiapan kenduri amir terus terduduk mendapat berita berkenaan kematian amir bersama rakannya yang sama2 keluar menaiki kereta pada pagi itu....
Kereta Peronda tersebut terus ke rumah Haji Halim,bapa sedara kepada rakan Amir yang tidak jauh daripada rumah Abang cha juga ingin memaklumkan berita yang sama kerana bapak rakannya tidak berada di rumah sebab awal2 pagi sudah melakukan tugasnya memberi makan lembu yang di ternak....
Dalam keadaan berita yang mengejutkan tersebut,adik kepada arwah rakan amir ini yang berumur 13 tahun brkemungkinan terkejut secara tiba2,emaknya melihat anak gadisnya tidak lagi bernafas & mungkin meninggal dunia.Apabila doktor datang membuat pengesahan di rumah...ternyata tepat jangkaannya...anak gadisnya itu juga telah pergi menemani abangnya dalam keadaan yang tidak di sangka...
Memanglah sehari sebelumnya anak gadis ini mengadu sakit dalam perut,Doktor mengesyaki berkemungkinan ususnya luka di jangkiti kuman...
Bayangkan,si bapa kepada rakan amir ini masih tidak mengetahui kematian 2 anaknya kerana mungkin beliau tidak punyai handphone atau handphonenya tertinggal di rumah,Wallahualam...yang pastinya..apabila dia pulang ke rumah...di lihat,orang cukup ramai & kenderaan juga tidak kurang hebatnya banyak mcm ada kenduri...
Sampai saja di rumah,bapak rakan arwah amir dimaklumkan tentang kematian anaknya...bayangkan perasaannya waktu itu?aku cuba nk menyelami hati & perasaannya,tapi hanya rasa hiba yang aku boleh gambarkan....aku juga punyai anak,aku juga seorang ayah...walaupun mereka bukanlah saudara mara aku...tetapi mereka adalah saudara seagama dengan aku.....
Dalam jam 1 petang aku keluar dari masjid betul2 di hadapan rumah jenazah rakan amir iaitu masjid kampung simpang tiga kerna urusan membuat keranda & mengorek 3 liang kubur sudah siap selesai dengan bantuan seluruh anak muda kariah secara beramai2 gotong royong...aku terus ke markas keadilan yang juga pada hari yang sama membuat jamuan rumah terbuka aidilfitri...ramai jentera muda tidak berada di sana...masing2 menguruskan kerja mengorek kubur & menyiapkan papan keranda utk jenazah nanti...program rumah terbuka tertunda dari jadual asal kerana masing2 baru tiba dari masjid simpang tiga selepas selesai tugas di sana...
Jam 1.30 aku mendapat panggilan telifon,2 jenazah iaitu amir & rakannya sudah tiba daripada hospital seberang jaya...manakala 10minit kemudian menerima pula panggilan memaklumkan jenazah adik perempuan kepada jenazah rakan amir tiba daripada hospital sungai bakap setelah post mortem di lakukan walaupun jenazah meninggal di rumah tetapi perlu membuat post mortem untuk membuat pengesahan sebab2 kematian kerana umurnya masih muda 13 tahun....
Walaupun kehadiran di rumah terbuka aidilfitri keadilan yang tidak jauh dari rumah jenazah cukup ramai & amat luar biasa dari tahun2 lepas...dengan kehadiran seluruh penduduk tak kira penyokong PR atau BN...suasana aku nampak dengan jelas skali...para petugas amat peka & bersimpati dengan kejadian yang berlaku di kariah aku hari ini...riuh rendah,tawa gurau senda seperti biasa tidak ada langsung...mungkin sikit rasa terkilan kerana abang cha adalah barisan hadapan jika ada program PR...
Jam 3.30,ramai petugas2 meninggalkan majlis untuk pergi ke rumah jenazah bagi memberi penghormatan terakhir pada keluarga jenazah...ramai org2 veteran & anak2 muda hadir sehinggalah jenazah di usung melintasi jalan dari rumah kerana masjid hanya beberapa meter di seberang jalan sahaja dalam jam 5 petang.
Ucapan sayu daripada bapak arwah rakan amir....
"Saya bapa pada 2 arwah jenazah ingin meminta kepada sapa2 yang ada jenazah anak saya terhutang,lepas nih boleh mai jumpa saya...kepada semua tuan2 yang membantu menguruskan jenazah anak saya daripada hospital seawal pagi tadi sewaktu saya sendiri tak tahu tentang kematian ini hinggalah jenazah nak di kebumikan nanti...saya ucapkan jutaan terima kasih banyak2..."
Aku lihat bapak arwah cukup tenang....relex...tapi dalam hatinya aku cukup dapat rasakan bagaimana pilu & hibanya hati seorang ayah...abang cha juga aku lihat di masjid begitu sugul sekali...Selepas diadakan 2 kali solat jenazah di adakan antara solat jenazah lelaki & perempuan...aku lihat cukup ramai tetamu di rumah Allah untuk menunaikan solat asar & solat jenazah untuk sekian kalinya di masjid kariah aku...
Aku terus pulang sebab tak puas hati bila ada di antara 'set2 tetap' yang selalu melakukan solat jenazah ntah dari kawasan kariah mana mai...dok bahagikan sampul berisi saguhati sembahyang jenazah sambil muka tersenyum n gelak ketawa...klau muda dari aku...cam nk boh penampaq saja...ni umur dah paras 60 atas...nk kata apa?baguih la tunjuk teladan mcm tuh kat kami anak2 muda kampung...
Kepada keluarga amir & keluarga Abang Ya...Takziah aku ucapkan...DARIPADA ALLAH KITA DATANG...KEPADA ALLAH KITA KEMBALI...sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka & doakan mereka di jauhi seksaan kubur & di tempatkan dengan mereka2 yang soleh & solehah...AL-FATIHAH......AMIN....
1 ulasan:
dari Allah kita datang dan darinya juga kita kembali.... Alfatihah!
Catat Ulasan