Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Ahad, 2 November 2008

Allahyarham Omar Tan Dalam Kenangan

Salam Sejahtera....

Pagi2 ini aku menerima sms daripada teman reformis Sdr Nasir Isa,

"AL-FATIHAH,Hari ni 2hb.NOV genap 2thn Allahyarham Hj Omar Tan meninggalkan kita....perjuangan dalam ingatan & tetap di hati kita...Moga rohnya dlm rahmat ALLAH,Amin..Majlis ziarah ke pusara Arwah pd hari ini ahad 12 T.Hr-N.ISA"

Terkenang aku kpd arwah omar tan...setiap kali klau ker pulau pinang...dia tetap akan menghubungi aku utk ajak pekena teh tarik,rokok kegemaran arwah pula Gudang Garam Surya...dalam sebulan sekali...sudah menjadi rutin Arwah utk hubungi aku tanyakan perkembangan sebagai ingatan rakan2 sesama reformis....begitu juga dgn Abg Nasir Isa & pakdin ISA/Suaram...perbincangan sekitar masa depan & hala tuju Parti & Barisan Alternatif (masa tuh)...

Begitu rapatnya teman2 reformis ini hingga sudah menganggapkan antara satu sama lain adalah sedara...oleh itu...sedikit mengenai kronologi pemergian arwah....

Arwah Sdr Omar Tan Soi Kow @ Omar Tan Abdullah telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam 2 Nov pada jam 4.50 pagi kerana mengalami sakit jantung. Beliau berumur 53 tahun dan berbangsa Cina.

Inilah yang tertera pada slip 'permit menguburkan' yang ditandatangani oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.Beliau merupakan aktivis reformasi/PKR, mengenali dan menghormati ramai aktivis JIM.Mana-mana program yang dianjurkan oleh GMI, PKR atau gerakan rakyat, maka beliau akan berada di situ menunjukkan sokongan dengan cara beliau yang tersendiri.

Siapa pun akan kenal beliau sebagai 'Tan' dan kemudiannya Omar Tan setelah beliau memeluk Islam lebih setahun yang lalu.Jenazah beliau hanya dibenarkan keluar dari hospital kira-kira jam 7 petang kerana masalah dokumentasi untuk menunjukkan beliau beragama Islam. Walaupun keluarga asal beliau tidak ada bersama (berada di Kedah), tetapi rakan-rakan Omar Tan ramai dari kalangan kaum Cina seperti Tian Chua, Ketua Penerangan PKR sendiri yang mahu menuntut mayatnya.

Difahamkan Omar Tan tinggal lama dengan Tian Chua. Masalah identiti Islam Omar Tan hanya dapat diselesaikan setelah didapati daripada dompet beliau resit zakat yang beliau telah tunaikan sebelum arwah mengniggal dunia.

Jenazah beliau akhirnya telah dimandikan dan disembahyangkan (2x kerana bilangan yang ramai) di rumah Sdr Zaki (Pak Lang - kerabat Anwar Ibrahim) di Kg Teras Jernang, Bangi pada kira-kira jam 10.00 malam. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kapok Bangi pada kira-kira jam 11.00 malam.

Aku yang berada di pulau pinang ini tidak dpt bersama mengziarahi kubur Arwah....Bagi yang tidak dapat ziarah...kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...moga di tempatkan bersama mereka2 yang soleh & di rahmati ALLAH...Amin..

1 ulasan:

bumilangit berkata...

aku rindu masakan arwah.

Related Posts with Thumbnails