Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 4 November 2008

LAGI CERITA AHLI PARLIMEN KULIM BB-ZULKIFLI NORDIN

Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?

BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.

Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.

Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan ‘melawan’ cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?

Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?

Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?

Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.

Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim - Bandar Baru akan kosong.

Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.

Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.

Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!

Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno!

3 ulasan:

joe penang berkata...

apa kata kalu kita buat group bloggers utk penang? Pastu buat perjumpaan dengan Guan Eng. Cam Mat Saman kati buat la ni

Tanpa Nama berkata...

mat tg bunga.
ada lagi manusia haprak dlm pkr.jangkitan mat ezam.ayuh kita musnahkan anasir perosak ini.

UNIT EHSAN PULAU PINANG berkata...

salam..

saya amat2 la BERSETUJU dengan cadangan saudara joe, tolong organize cam matsamankati buat..saya n de geng di penang akan turut serta juga bersama MB Perak pada 22hb ni di SUK Perak anjuran bersama matsamankati dan matcomot a.k.a rentapevolusi..

Related Posts with Thumbnails