Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 23 Oktober 2008

Surat Untuk YB Dato Haji Hassan Malek


Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan
433, Tingkat 2,Jalan Tuanku Antah,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-767 7278 /79
Faks: 06-767 7280


Tarikh : 22 Oktober 2008


Kepada :


Y.B. DATO' HAJI HASAN BIN MALEK
Level 3, West Block,
Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 PUTRAJAYA.
E-mail : hasan@pmo.gov.my

YB Datuk ;
MENUNTUT PENJELASAN TERBUKA DAN MENARIK BALIK FITNAH BERKENAAN ISU 'PEMBELIAN' WAKIL RAKYAT BN

Semoga YB Datuk dan keluarga dalam rahmatNya.Merujuk kepada 'cerita' yang dibangkitkan oleh YB Datuk iaitu wujud usaha dari Parti Keadilan Rakyat (keADILan) untuk membeli Datuk untuk bersetuju keluar Bn dan memasuki keADILan.

Sehubungan dengan itu seorang ahli keADILan telah ditahan oleh BPR di tempat kerjanya iaitu sebuah agensi kewangan di Kuala Pilah. Selepas itu dengan segera keADILan Bahagian Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan penafian bersama dengan ahli keADILan yang ditahan dan dalam kenyataan yang sama mencabar penjelasan Datuk atau mendedahkan terus apa yang Datuk maksudkan dengan 'tawaran' dan siapa yang menawarkan.

Namun nampaknya sehingga kini Datuk takut membisu.Sikap mencari publisiti murahan yang Datuk amalkan cukup tidak bersesuaian dengan status Datuk yang menjadi Timbalan Menteri.

Kerana politik mencari publisiti yang Datuk amalkan ahli keADILan yang ditahan kini tertekan di tempat kerjanya dan dikalangan masyarakat kerana wujud persepsi salah terhadapnya ekoran tangkapan BPR tersebut.Kami cukup memahami dengan kesungguhan Datuk untuk menarik perhatian bakal Perdana Menteri bagi jaminan tempat dan kedudukan politik yang lebih baik.

Namun ia seharusnya dilakukan dengan menyerlahkan rekod gerak kerja yang baik bukan mencari publisiti sehingga memangsakan manusia yang tidak bersalah.Malah sebagai sebuah parti politik juga keADILan turut cuba diberikan persepsi negative dalam kenyataan – kenyataan Datuk berkenaan isu tersebut.

Jesteru ini Datuk dituntut memberikan penjelasan, menarik semula fitnah atau mendedahkan terus maksud 'tawaran' dan siapa agen yang hendak membeli Datuk.

Jika tidak Datuk mungkin akan berdepan dengan tindakan undang – undang dari kami.Desakan ini juga dibuat bagi pihak mangsa fitnah Datuk.


Sekian dan terima kasih.


BADRUL HISHAM SHAHARIN
ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat


merangkap Jawatankuasa Perhubungan
keADILan Negeri Sembilan




salinan kepada :
Badan Pencegah Rasuah

Peguam, YB Sivarasa Rasiah

Peguam, YB William Leong

Petikan daripada Email

1 ulasan:

armouris berkata...

langkah terbaik untuk membersihkan nama ialah SAMAN!!

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails