Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 22 Oktober 2008

Najib Maafkan Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuashati dengan pemohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan mengenai manifesto yang tersalah dikaitkan dengannnya.

Beliau juga memuji wartawan Wong Choon Mei - yang menulis laporan tersebut - kerana menunjukkan 'nilai-nilai profesional yang tinggi' kerana bersedia bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Beliau meletak jawatan semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen selepas menjawab soalan di Dewan Rakyat, Najib yang juga menteri kewangan berkata, beliau puas hati dengan permohonan maaf Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang belum terjawab ialah siapakah pihak-pihak sebenar yang bertanggungjawab di sebalik berita tersebut."Mereka masih bersembunyi dan kita masih tidak tahu siapakah mereka," kata Najib yang juga timbalan presiden Umno.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan siapakan mereka yang bertanggungjawab itu.

MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails