Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 23 Oktober 2008

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

Sheikh Muszaphar,pelancong angkasa yang mewakili Malaysia tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut beberapa sumber beliau mengenakan RM8,000 sejam sebagai bayaran ceramahnya itu belum masuk perbelanjaan hotel, perjalanan dan seumpamanya.

Beliau kini juga kelihatan seolah hilang punca kerana turut menggunakan gelaranya yang diperolehi dari pembaziran mega wang rakyat dengan turun ke kempen - kempen pilihanraya untuk berkempen bagi pihak BN.Kepada Dr. Sheikh Muszaphar jika terbaca posting ini ; amat harapkan jawapan saudara ataupun sesiapa yang mengenali beliau sila panjangkan posting ini kepada beliau.

Kini sudah genap setahun lebih peristiwa menghantar warga Malaysia melancong ke Angkasa, cuma yang peliknya belum ada berita 'gempar' melaporkan penciptaan atau penemuan sains ekoran menerbangkan seorang warga Malaysia ke angkasa. Adakah berbaloi perbelanjaan RM95 juta itu dalam keadaan rakyat terhimpit dengan apa yang diperolehi....


Nampaknya regim Bn sememangnya tidak mempedulikan keperitan rakyat. Apa yang dilakukan hanyalah untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka. Dari menghantar warga Malaysia melancong ke angkasa sehinggalah penganjuran rumah terbuka yang mebazirkan jumlah besar wang rakyat semuanya dilakukan untuk mengkhayalkan rakyat dari isu sebenar.

Semalam dalam Parlimen YB Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet telah menelan belanja RM4juta. Fakta itu ialah melalui jawapan bertulis oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada beliau.

Ini sudah melampau !!! Berita rumah terbuka dimainkan konon dengan kehadiran ramai konon menunjukkan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mendapat sokongan ramai malangnya cerita disebaliknya rakyat terus dihisap darah mereka dengan tanpa disedari rumah terbuka tersebut telah 'membakar' RM 4 juta wang rakyat !!!Dan jangan terkejut RM 4 juta ialah perbelanjaan 'open house' 2007....berapa agaknya bagi 2008.... celakalah atas kamu pemimpin regim yang amat zalim sanggup membakar wang untuk menunjuk lagak ketika rakyat terhimpit kesusahan !!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails