Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.
Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu." Malaysiakini
P/S:Ini ada perkara yang sengaja dirancang untuk mewujudkan 1 pertembungan serta kekecohan di kuala lumpur....sudah beberapa kali mereka/UMNO cuba mewujudkan ketengangan bagi menyelamatkan UMNO/BN.Kali ini mereka akan menggunakan perhimpunan ini bagi menghalalkan segala tindakan Pihak Berkuasa nanti.AWAS...!!!
PAKAI TONGKAT DAH
3 minggu yang lalu
1 ulasan:
Saya nak tanya pada mangkok mangkok hayun dalam PEWARIS.Siapakah yang menghapuskan hak istemewa orang melayu didalam pegangan equity dan lain lain???
Catat Ulasan