Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Bagi cheGuBard ketiga - tiga perkara tersebut hanya permainan atau tindakan terdesak Regim Bn, ia tidak memberikan erti apa - apa sebaliknya hanya untuk memperlihatkan atau memberikan persepsi kononya Regim prihatin terhadap desakan rakyat.
Pertama, KDN menyiasat dan menyelesaikan secepat mungkin ? Bukan satu kes SPRM terlibat dalam jenayah mengasari suspek atau saksi semasa soal siasat, sebaliknya tidak ada apa tindakan diambil dan bagaimana pula institusi seperti PDRM yang sememangnya telah hilang kredibeliti kerana PDRM sendiri terlibat dalam banyak kes kematian dalam tahanan yang tidak selesai, ditutup dan diselewengkan. Sisatan Polis ke atas kematian Beng Hock juga telah menjurus kepada 'arah' yang salah. Semua sesi penyiasatan ialah mencari punca menghalalkan tuduhan polis/SPRM iaitu Beng Hock membunuh diri. Mereka berusaha mencari (baca; mencipta) alasan kenapa Beng Hock bunuh diri bukan mencari kenapa dan siapa membunuh Beng Hock.
Kedua, Inkues melalui jawatankuasa bebas tidak membawa ertai apa - apa...? Jawatankuasa ini tidak punya apa kuasa. Katakan jawatankuasa ini memanggil pegawai SPRM, pegawai SPRM itu boleh sahaja tidak mahu menjawab pertanyaan kerana katanya siasatan SPRM adalah rahsia. Maka arahan mewujudkan Inkues ini adalah membazir masa dan wang rakyat.
Ketiga, Suruhanjaya Diraja yang dibentuk hanya dibenarkan menyiasat kaedah penyiasatan, bukan punca atau alasan kematian dan siapa yang bertanggungjawab.
Rakyat harus jangan keliru dengan permainan 'persepsi' yang Najib cuba mainkan ini.
Suruhanjaya Diraja Penyiasatan satu kemestian
Ingat insiden mata lebam Anwar Ibrahim, polis gagal kenal pasti siapa lakukan sebaliknya Jawatankuasa Diraja mendapati Anwar dicederakan dengan tujuan dibunuh oleh Ketua Polis Negara sendiri.Ingat lagi dengan insiden 'ketuk ketampi bogel' ? Semuanya kecoh kerana kononya ia wanita warga China. Azmi Khalid, Menteri ketika itu 'berlari' ke China memohon maaf. Namun Suruhanjaya Diraja berjaya mengenal pasti wanita tersebut adalah warga negara Malaysia dan pegawai terbabit dikenakan tindakan. Hubungan antara 2 negara baik tetapi peliknya regim ini tidak pula minta maaf dari rakyat Malaysia seperti mana seriusnya Regim ini mengejarkan seorang menteri untuk mohon maaf ke China. Begitulah regim takut dengan rakyat asing sebaliknya berani membelasah rakyat sendiri.
Najib takut wujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja ! Ini bukan sekali desakan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja diutarakan kepada Najib. Beliau prnah dicabar untuk wujudkan Suruhanjaya Diraja dalam mencari siapa terlibat menjadi dalang dan mencari cerita sebenar misteri pembunuhan Altantuya, namun Najib tidak berani menubuhkannya. Sebaliknya Najib hanya menggunakan kuasa menggugut , membelasah rakyat yang cuba mencari kebenaran dalam isu Altantuya.
Kita biasa melihat budak bermain masak - masak, kelihatan serius dan bersungguh namun ia hanya memasak daun dan rumput di belakang rumah dan berilusi dapur punya api malah sesekali mulut membuat bunyi menggoreng. Maka dari jauh pasti nampak 'real' tetapi ramai yang buat percaya kerana nak jaga hati budak - budak. cheGuBard sekali lagi mengajak rakyat menolak pengumuman Inkues dan Suruhanjaya diRaja yang seperti budak main masak - masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan