Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 9 Jun 2009

WAHAI PIMPINAN PAS,FIKIRKAN KEMBALI - malaysiakini

Mursyidul Am TGNA cakap dah betui dah... aikk Timbalan Presiden pulak sangkal... itu bukan mewakili PAS... kepala hotak hang...mentang-mentanglah hang masuk jadi ahli terus PAS lantik jadi Setiausaha Agung, lepas tu menang Timbalan presiden nak 3 penggal boleh bersuara macam tuuu...Aduhai Nasib baik PAS ni Allah bagi kat ahli-ahlinya TGNA, kalau tidak lama dah PAS jadi komponen BN... - Majong Mari




Petang semalam..para perwakilan keMuktamar Pas sudah mengundi siapakah yang akan memimpin Pas untuk penggal akan datang. Siapa saja yang terpilih…muktamar Pas kali ini mencipta beberapa perkara baru yang akan mencorakkan masa depan Pas.


Apa yang ketara dalam Muktamar kali ini ialah corak berkempen. Tak macam dulu. Dulu…Pas kempen diam-diam…sekarang bertambah sengit. Dan kempen Pas sudah jadi macam kempen Umno.

Kalau dalam Perhimpunan Agung Umno… kempen selalunya bermula dua tiga bulan sebelum pemilihan. Macam-macam cara digunakan…untuk mendapat undi perwakilan, duit ditaburkan. Tetapi yang paling best bila tiba hari Perhimpunan…buku-buku politik yang menelanjangkan calon lawan akan mula bertaburan.

Ada beberapa penulis yang cari makan dengan menulis buku-buku macam ni…diantaranya Yahya Ismail, Syed Hussein Al-Attas dan Mohd. Sayuti Omar.
Kat Muktamar Pas tak ada…lagi pun Yahya Ismail dan SH Alattas bukan pakar dalam Pas. Cuma tinggal MSO yang boleh cari makan.

Dalam Muktamar kali ini…ada dua puak yang bertentangan…pro-Umno dan pro-Pakatan. Dan aku memerhatikan kedua-duanya untuk mempelajari taktik apa dan strategi apa yang boleh dipelajari. Dan kedua pihak menggunakan strategi yang berbeda. Puak pro-Umno nampak lebih tersusun tapi konservatif.

Puak ini masih menggunakan cara Umno…dan bila mendapat tahu bahawa Ustaz Nasha mempunyai think-tank nya sendiri…siap dengan bantuan Military Intelligence… aku tak hairan kalau Ustaz Nasha dibantu oleh Umno. Malah aku dapat tahu…EXCO kanan kerajaan haram Perak, Hamidah Osman berkampung di KL untuk memantau perjalanan Muktamar dan membantu think-tank Ustaz Nasha.

Strategi Ustaz Nasha memang sistematik. Kalau Mukatamar diadakan 5-6 bulan dulu..Ustaz Nasha mesti KO sebelum masuk gelanggang kerana skandal ditangkap khalwat dengan Umno. .. tetapi setelah mengetahui penentangan terhadap idea muqabalah tersebut…team Ustaz Nasha terus mengatur strategi.

Langkah pertama ialah dengan memberikan label yang boleh menjatuh imej seseorang dan dalam masa yang sama…menaikkan imej dia. Maka terciptalah istilah ‘Erdogan’…tetapi istilah ini bukan dikaitkan dengan reformasi yang berjaya membawa parti AK memerintah Turki…sebaliknya dikaitkan dengan ‘budak suruhan Anwar Ibrahim’. Manakala puak yang pro-Umno pula diberikan imej yang lebih baik …ia-itu ulama.

Dalam Muktamar kali ini…team ulama dilihat lebih banyak berkempen.. dan ironisnya..team ‘Erdogan’ tidak ada! Sebaliknya..semua kekuatan ulama tertumpu hanya kepada seorang..iaitu Husam Musa.

Dan lebih memalukan bila Ustaz Daud Iraqi membuat fitnah dan akhirnya terpaksa meminta maaf kerana tak ada bukti! Ini memberikan tamparan kepada Ulama..yang sepatutnya lebih bersifat mulia.

Dalam masa yang sama…Umno menggunakan seluruh media mereka untuk menjadikan Ustaz Nasha sebagai hero.

Tidak hairan..mengapa Ustaz Nasha menjadi sanjungan Umno…sampaikan Blogger Pembela Negara yang kerjanya mencarut dan memaki hamun…tiba-tiba membela Ustaz Nasha dan menghentam puak Erdogan. Ini stail Umno dan kalau Ustaz Nasha kalah esok…salahkan strategi. Kalau menang..Ustaz Nasha menjadi liabiliti kerana membawa budaya Umno kedalam Pas. Dan selepas ini..kita akan dapat menyaksikan pertandingan yang lebih sengit dalam muktamar akan datang.

Dan yang lebih teruk..bila MSO terjun kegelanggang. MSO dah jadi pakar dalam kerja-kerja menelanjangkan seseorang menjelang Perhimpunan Umno. Selalunya MSO menghasilkan buku…dan apabila dilancarkan beberapa hari sebelum Perhimpunan Umno…pihak lawan tidak berpeluang untuk membalas. Tetapi MSO silap kerana sekarang zaman internet. Pagi kita tulis..malam orang jawab.

Dan jawapan-jawapan kepada tuduhan MSO bukan sahaja dipatahkan oleh orang-orang Husam dengan hujah…malah disertakan bukti. Kalau dulu bukti ini tak ramai yang tahu…sekarang seluruh dunia tahu.

Ramai dikalangan ulama tidak berpuashati apabila Husam berkempen menggunakan risalah dan SMS. Tetapi Ulama juga perlu dipersalahkan kerana terlalu banyak berkempen sehinggakan orang melihat puak ulama sebagai gila kuasa.

Walaubagaimanapun…MSO dan team Ustaz Nasha telah mencipta satu piawaian baru dalam pemilihan calon…baik dalam Muktamar Pas…Perhimpunan Umno atau Kongres PKR….ataupun calon pilihanraya.

Nasib baik Husam tak ada skandal perempuan…tak ada skandal balak..cuma skandal kambing. Macam mana pula kalau calon-calon yang terbabit dengan bermacam-macam skandal dan isu?
Jadi…kalau ada calon-calon yang teringin nak memegang jawatan dalam parti..atau nak jadi calon pilihanraya…fikir dua tiga kali. Siapa saja calon akan ditelanjangkan didalam internet.
Kalau ada calon-calon yang masih ada parut gigitan Siam di Danok..Haadyai atau Golok..tok sah la bertanding.

Kalau ada calon yang masih diburu Ah Long atau bank..tak payah la bertanding.
Kalau ada calon yang dapat PhD dari University of Batistuta…tak payah lah berlagak.
Sorok macam mana pun…dengan internet orang akan tahu. Dan hujung tahun ini…PKR pula akan berkongres. Kita tengok pula macam mana cara orang-orang PKR berkempen.



p/s :media perdana hari ini sibuk menyiarkan ucapan terima kasih & tahniah najib pada Haji Hadi kerana mahu PR & PAS terus bergolak...yang pastinya nasha sudah silap langkah dengan menipu kononnya menafikan perjumpaan dengan pemimpin UMNO.


-Beliau nak saman bloggers kononnya fitnah beliau,


-Paklah pula mengaku ada perjumpaan bersama nasha & mustafa ali


-Nasha pusing cakap pula majlis syura dah restu


-Tapi Tok guru nik aziz tak tahu...adoila.....


-Haji Hadi kata kita nak berdakwah pada UMNO...perghhh......para perwakilan,demo semua dah buat keputusan ya...harap rakyat tetap undi PR pada PRU-13


Nasha???apa ceta bro?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails