G.Manimaran
KUALA LUMPUR: Hasil kajian secara menyeluruh mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diumum awal bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kajian sudah sampai peringkat akhir dan awal Julai akan buat pengumuman menyeluruh," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Dewan Rakyat hari ini.
Kata Muhyiddin, beliau juga akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah ekoran pelaksanaan PPSMI, antaranya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kawasan bandar dan luar bandar.
Ketika menjawab soalan asal enam anggota Dewan Rakyat, Muhyiddin memberi jaminan "keputusan yang akan diambil oleh kerajaan berhubung dengan dasar PPSMI akan memberi kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara."
"Analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah pun siap dan insya-Allah, dalam masa terdekat, kertas ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.
"Apa sahaja keputusan yang dibuat, biarlah ia untuk kebaikan rakyat selari dengan gagasan rakyat didahulukan sepertimana dihasratkan oleh Perdana Menteri," katanya.
Hehe.....dengar kata ada cadangan nak mewujudkan matapelajaran kesusasteraan inggeris.Pimpinan Pakatan Rakyat sudah cakap berkali-kali termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri...tetapi Pimpinan UBN Angkuh & Ego....sudah la dengan alasan tipu melayu nih....pi blah la....
PAKAI TONGKAT DAH
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan