Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 23 Jun 2009

Bye...Bye...Kerajaan UMNO Yang Nak Buat 'UG' - Malaysiakini

Seperti yang diharapkan oleh blog Kelab GB sebelum ini di bawah tajuk Talkinkan Isu Kerajaan Perpaduan Segera ia benar-benar menjadi kenyataan akhirnya selepas dua hari permintaan itu disuarakan.

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, seluruh pimpinan Pas sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno-Barisan Nasional.

Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata Pas tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan Umno.

“Dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan isu politik semasa yang dibesar-besarkan media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat-suara melupakan perihal salah anggapan yang berlaku antara pimpinan atasan akibat daripada permainan politik murahan Umno,” kata Nik Aziz membacakan kenyataan tersebut.


Pas dilihat menjadi mangsa permainan media perdana yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dan Nasharuddin Isa dalam isu Kerajaan Perpaduan.Media Umno-Barisan Nasional juga cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba pemimpin gagasan itu juga dalam isu yang sama.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan menolak sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan.Nik Aziz berkata dugaan ini tidak melemahkan setiakawan parti aliran Islam itu, sebaliknya menguatkan lagi tekad Pas melawan angkara politik Barisan Nasional.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama-sama memperjuang keazaman Pas, lagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” tegas Nik Aziz.“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan di hentikan serta-merta,” katanya lagi.

Menyentuh kata-dua kepada Nasharuddin tempoh hari, Nik Aziz berkata isu antara beliau dan Nasharuddin telah diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya selaku Mursyidul Am Pas, menarik balik segala kenyataan saya terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi,” kata Nik Aziz.




Lagi Mengenai Isu Kerajaan Perpaduan...ByeBye UMNO...


Banyak pihak di dalam PAS hari ini menarik nafas lega dengan pengumuman Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini yang menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Tindakan TG Nik Aziz tersebut adalah sikap yang mulia yang tidak bererti dia tersilap di dalam langkahnya yang lalu, tetapi demi menjaga ukhwah dan tida mahu isu tersebut diperpanjangkan lagi," tegas seorang pemimpin PAS.

TG Nik Abdul Aziz dan kepimpinan tertinggi parti itu telah bertemu di sini petang ini bagi menyelesaikan "kemelut" yang tercetus ekoran lontaran idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.Pertemuan bersifat "ukhuwah" itu berlangsung pada pukul 5 petang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Ia perbincangan berbentuk ukhuwah atau persaudaran libatkan Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin tertinggi parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi.Pertemuan Khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.


Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:


"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."



Kenyataan Pemimpin Pakatan Rakyat menolak Kerajaan Perpaduan


PETALING JAYA [4.56 pm] - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan bahawa semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.



Dan Kenyataan Penuh 3 Pimpinan PR...


KL, Jun 22, 2009: SIDANG Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia telah bersidang dan mengambil pendirian mengenai Kerajaan Perpaduan seperti berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu
dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails