Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 19 Februari 2009

PANAS.......PAKLAH TIDO LAGI - malaysiakini


KENYATAAN PAK LAH

1. " Kerajaan Negeri Perak akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah. "

2. " Tindakan speaker itu sebagai satu cara untuk menggulingkan kerajaan BN di Perak. "

3. " Ia satu muslihat ... tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan. "

4. " Tindakan Sivakumar itu tidak disenangi oleh rakyat Negeri Perak. "

5. " Dulu bila mereka menang, kita beri jalan untuk mereka memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah. "

6. " Saya harap kerajaan BN tidak akan diganggu dengan permainan politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu. "

SOROTAN ...

1. Kerajaan BN Perak dikehendaki oleh rakyat - Yang paling berkehendak untuk merampas kuasa ialah rakyat Pahang yang bernama Najib. Turut sama berkehendak ialah seorang rakyat Perak yang bernama Zahid. Jamaludin dan Osman juga ber'kehendak'kan 'selamat' daripada hukuman mahkamah bagi kes rasuah ciptaan UMNO kawin BPR (sekarang SPRM). Selain itu ada juga 2000 rakyat perak yang 'hendak'kan BN merampas kuasa. Mereka dihimpunkan di Ipoh dengan tambang percuma dan sedikit duit poket.

2. Speaker Sivakumar nak guling kerajaan BN Perak - Hebat betul Speaker Sivakumar ni! Rakyat Thailand siap berpakat dengan tentera ketika nak gulingkan Thaksin beberapa tahun yang lalu. Baru-baru ni pun mereka berkampung selama sebulan kat pusat pentadbiran kerajaan dan airport sebelum PM pro Thaksin tu terguling. Kat tempat lain pun macam tu juga. Ratusan ribu atau jutaan rakyat terlibat untuk guling kerajaan. Tiba-tiba Sivakumar seorang diri saja nak guling kerajaan. Hebat! Hebat!

3. Speaker tidak ada niat baik, cuma niatnya nak guling kerajaan - Pakatan Rakyat memang tak pernah berniat baik. UMNO saja yang selama-lamanya sentiasa berniat baik. UMNO berniat baik ketika menyembunyikan Jamaludin dan Osman sebelum muncul bersama Najib mengisytiharkan sokongan kepada BN. UMNO berniat baik ketika menipu Dato' Nasarudin kononnya Raja Nazrin menitahkannya mengadap tetapi kemudiannya terus dibawa lari mengapap Raja Najib. UMNO berniat baik ketika memaksa SPR menolak perisytiharan Speaker tentang kekosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering. UMNO berniat baik ketika berpakat dengan SS dan LA kerajaan negeri menghalang hak MB mendapatkan perkenan pembubaran DUN dan menghalalkan perlantikan Zambry sebagai MB. UMNO memang berniat baik.

4. Tindakan Sivakumar tidak disenangi oleh rakyat negeri Perak - Memang betul! tidak disenangi oleh rakyat Perak yang UMNO!

5. Dulu bila mereka menang, kita beri jalan untuk mereka memerintah - Antara bukti UMNO beri jalan Pakatan Rakyat memerintah ialah :
a. Zahid arahkan semua Jabatan Persekutuan supaya jangan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
b. Kementerian Penerangan arahkan PerakFM supaya jangan beri laluan kepada kerajaan negeri untuk sebarang siaran.
c. UMNO menubuhkan JPPP kerana tidak mengiktiraf JKKK untuk pentadbiran kampung.
d. UMNO tawarkan rasuah kepada beberapa ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat ke BN.

6. Jangan ganggu kerajaan BN dengan permainan politik - Tak ada ulasan sebab memang lawak!

Pak Lah Raja Lawak.-CYBERBORON

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba baca betul betul undang-undang tu...sekiranya Menteri Besar tidak mendapat sokongan majoriti ahli dewan....bukan ke sekarang Datuk NIzar dah dapat majoriti dewan bila 3 bekas ADUN PKR dan DAP berpaling tadah menyokong calon BN...28 melawan 31 , kan terang dah tu....tak reti kira agaknya... ada tak undang-undang tu sebut mesti buat undian dalam sidang dewan...takde kan

Datuk Nizar pun dah cuba bubar dewan tapi Sultan tak berkenan..nak buat macam mana, tu hak sultan, kalau tak buat apa nak kena mohon perkenan dulu... baik bubar terus je..

Baca la rukun negara sekali lagi..
hayati maksudnya...bila rakyat dah tak tentu haluan dek kerana politik gila kuasa...yang jadik mangsa adalah rakyat... patutnya siapa saja kerajaan yang memerintah , beri peluang mereka menjalankan tugas memikirkan macam mana untuk menghadapi krisis ekonomi sekarang, bukan memburukkan lagi keadaan, siapa jadik mangsa, rakyat biasa...ahli politik tu sumer giler kuasa je...fikir fikir la

Tanpa Nama berkata...

Yang gila Kuasa itu UMNO, Yangt gila duit tu, DUIT TUANKU.

Prof. Era Pasca berkata...

bengong masalah nye bile UMNO dapat majority.. bdk skolah pun tau 28lwn28 n 3 bebas n sbnarnye letak jawatan! bengong!pastu klu kate ade majority meh sidang dun pastu usul le undi tak percaya... haprak penakut

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/sabah-beli-volvo-sape-membazir.html
VOLVO-MERC-CAMRY-PERDANA

Tanpa Nama berkata...

umno ni dah gila sasau.patut semua pemimpin umno tinggal kat hospital Tanjong Rambutan.

Related Posts with Thumbnails