Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 28 Januari 2009

OH KEADILAN PULAU PINANG..!!! - malaysiakini

Sebarang tindakan yang diambil oleh keADILan Pulau Pinang berhubung isu Fairuz tidak akan membawa sebarang perubahan yang diingini jika lemak yang gemuk yang ada sekarang tidak dinyahkan dari pimpinan parti diperingkat negeri. Kini keadaan parti menjadi semakin celaru bukan sahaja akibat daripada isu Fairuz akan tetapi ia juga melibatkan pemimpin tertinggi negeri.

Episod anti Fairuz harus dijadikan satu ikhtibar untuk kedua-dua pimpinan serta ahli-ahli biasa parti keADILan supaya mereka tidak melangkau melampaui batas prinsip & budaya parti.

Parti keADILan ditubuhkan berdasarkan perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk semua & atas prinsip masyarakat madani yang progresif ke hadapan, akan tetapi selepas Mac 2009, sesetengah pihak tertentu dalam parti mengambil langkah terbalik; membawa masuk budaya melampau dulu, kini & selamanya ke dalam parti.

Budaya seperti penyelewengan, kronisma serta patronisma kini sudah mula berjinak dengan parti reformasi ini terutamanya di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tidak dinafikan bahawa parti-parti lain dalam Pakatan juga menghadapi masalah tetapi ia bukan isu disini & ia akan dibincangkan dalam diskusi yang lain.

Isu Fairuz hanya sekadar mukadimah sahaja, ada lagi kes-kes yang melibatkan pimpinan negeri terutamanya di negeri pulau Mutiara yang belum diketahui umum.

Kebanyakan ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati dengan gelagat pimpinan tertinggi negeri sekarang yang nampaknya lebih umno dari umno. Apa yang dibincangkan & dipersetujui dalam mesyuarat perhubungan negeri tidak langsung diendah oleh pemimpin tertinggi negeri sendiri.

Contohnya, dalam perlantikan baru atau perlantikan semula ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Seberang Prai, mesyuarat perhubungan negeri baru-baru ini telah memutuskan bahawa perlantikan ini akan dibawa ke bahagian untuk dibincangkan & bahagian akan mengesyorkan tiga calon untuk jawatan tersebut.


Malangnya, pengerusi perhubungan negeri selaku pengerusi mesyuarat tersebut sendiri tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam mesyuarat negeri.

Ramai ahli bahagian Bayan Baru yang tidak puas hati dengan perlantikan semula En. Muhammad Bakhtiar b. Wan Chik sebagai wakil bahagian untuk ahli majlis yang juga menganggotai jawatankuasa pengurusan kewangan serta jawatankuasa pusat setempat yang berkuasa dalam menentukan kelulusan projek.

Prestasi Bakhtiar dikatakan lemah & ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau merupakan proksi atau kroni untuk pihak tertentu yang berkuasa dalam bahagian tersebut.

Sumber dalam bahagian memberitahu mesyuarat bahagian pada 24 Jan 2009 tidak membincangkan isu perlantikan seperti yang ditetapkan oleh mesyuarat perhubungan negeri malah apabila seorang AJK bahagian menyoal ketua bahagian berhubung perlantikan semula Bakhtiar, ketua bahagian yang juga pengerusi perhubungan negeri tidak layan & menolak usul untuk menbincangkan isu tersebut.

Ini memberi gambaran bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan pintas membelakangkan mesyuarat bahagian & mengkukuhkan tanggapan bahawa Bakhtir merupakan frontman untuk pihak tertentu untuk mendapat projek-projek majlis perbandaran.

Hal sebegini tidak harus terjadi jika pemilihan raya untuk kerajaan tempatan diadakan. Janji pilihan raya kerajaan tempatan oleh Pakatan Rakyat mesti ditunaikan & ia merupakan salah satu cara untuk membuka proses demokrasi ke akar umbi & mengurangkan berlakunya perkara-perkara tidak sihat seperti kronisma & proksi/patronisma yang biasanya berlaku melalui lantikan politik.

Selain daripada itu, kemungkinan selepas Raya Cina, satu kes yang melibatkan orang kanan pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang akan meletup jika pimpinan pusat tidak mengambil langkah yang tegas untuk memerangi penyelewengan yang melibatkan pimpinan parti di peringkat negeri.

Ada 5 kuari yang haram ataupun bertahun-tahun tidak membayar cukai kepada kerajaan negeri. Dari 5 kuari ini, 3 daripadanya merupakan operasi yang dijalankan oleh syarikat dengan orang kanan pengerusi perhubungan negeri bertindak sebagai pengarahnya.

Jika orang sebegini diberi jawatan dalam kerajaan negeri, tidakkah ia akan memudaratkan parti dengan melakukan penyelewengan seterusnya?

Jika pemimpin yang tidak mempunyai pegangan moral & imam yang kuat diamanahkan dengan tugas rasmi kerajaan, masalah besar akan melandar kerajaan & parti kelak.

Pemimpin bermasalah akan menarik minat lebih ramai ahli yang tidak berpegang kepada prinsip keadilan sejagat serta anti rasuah/penyelewengan & akhirnya membawa parti ke jalan yang bergelumang penuh dengan najis korupsi ala dulu kini & selamanya.

Dengan membawa kembali rakan-rakan seperjuangan yang neutral seperti Dr Mansor Othman & Cheah Kah Peng, seorang ahli MPT yang sekian lama telah dicold-storagekan oleh pimpinan negeri sekarang maka mudah-mudahan ia akan membentuk satu check & balance dalam badan penting parti di peringkat negeri.

Perlantikan jawatan diperingkat negeri seharusnya mencerminkan kepelbagaian yang sedia ada dalam parti bukannya datang dari kumpulan kroni tertentu yang mempunyai mementaliti "Bisa diaturrr".

Akhirkata, gemuk yang berlebihan jika tidak dikeluarkan dari badan pimpinan parti akan memudaratkan kesihatan badan tersebut & akhirnya akan membawa padah. Slogan berubah sebelum parah & berubah demi maruah adalah tepat dalam situasi di Pulau Mutiara.


- CK Chew


dari Laman Marhaen.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

from mat tg bunga,
apa yg nak dihairankan perkara ini.dah lama benda ini berlaku semenjak pengerusi perhubungan negeri la ni ambil alih.maam-macam hal.dulu tak macam ni.semua buat kerja satu pasukan tak kira negeri,pemuda & wanita.semua menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab walaupun dalam serba kekurangan.tapi sekarang berbagai masalah.mereka yg baru hanya cucikaki.lepas tu hina pejuang lama.apa jadi dengan mantan ketua wanita negeri?macam-macam fitnah dan tomahan dilemparkan.nak singkirkan ketua dan setiausaha bahagian bukit bendera hantar ahli hantu masuk mesyuarat bahagian.yg luluskan ahli hantu yb malik kasim.la ni mantan ketua amk dah tak disambung ahli majlis mpsp kerana dedah kes kroni mereka.dulu dok kata kat umno/bn jaga kroni macam-macam lagi tapi la bila dah ambil alih lagi teruk.mereka menang pru12 pun pasai dsai.kalau tak haram nak menang.dsai tak tau yg dia dok kena kelentong.percaya hidup-hidup.cakap ahli dibawah tak mau dengar langsung.ramai yg dah meluat dengan mereka semua berlagak.dak banggang sombong pulak.masih ramai pejuang lama masih sayangkan parti tapi pemimpin yg dok ada la ni buat kacau.semua ada kepentingan sendiri.kepada dsai berhati-hatilah.jangan sampai kawan tikam belakang.

Related Posts with Thumbnails