Salam sejahtera...
Hari ini sudah kurang kedengarannya suara2 memprotes menurunkan harga minyak sejak pengumuman turun lagi harga dipasaran baru2 ini...kecuali nelayan2 yg cukup aku 'salute' serta tabik spring kerana berani menyuarakan pandangan tanpa di permainkan lagi oleh kerajaan pusat sekarang.
Minyak tak sepatutnya pada harga RM1.90, ianya perlu di bawah paras harga RM1.50 seliter memandangkan hasil minyak boleh menampung keperluan rakyat dari segi menstabilkan harga pasaran barang keperluan harian, binaan dan lain2 lagi...
Dalam masa yg sama, adakah kita lupa dengan harga gas masak? Bagaimana pula dgn harga tarif elektrik di rumah? Dalam faktor ekonomi yang meruncing ini, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas dari sudut pekerja2 kilang mengalami tindakan diberhentikan kerja akibat masalah ekonomi global, pekerja yg tidak dapat overtime dan lain2 lagi. Penganggur makin bertambah, graduan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan dlm sektor awam kerana umur pesara bukan lagi 55 tahun, tidak dapat di 'upgrade' jawatan hasil polisi baru kakitangan awam ini.
Apakah kita lupa, elektrik juga adalah elemen penting dlm bidang perniagaan terutamanya sektor perindustrian. Jika tidak di lihat secara serius mengenai tindakan kerajaan yg membisu sejuta bahasa, memperkayakan lagi golongan kapitalis di dalam kumpulan pemain di syarikat utama tenaga elektrik ini...
Bermakna anda menzalimi ekonomi anda sendiri..apakah kita lupa, leka, tidak prihatin mengenai tindakan kerajaan menzalimi kita...? Rakyat terus menerus di jamu dengan bebanan dalam masa yg sama, kapitalis ini mencakar dan mencedok kekayaan hasil dari kezaliman ini tanpa mempedulikan kadar elektrik ini amat tinggi dan sudah tidak rasional lagi pengekalannya..
Sudah ada ura2 beberapa tindakan memboikot pengeluaran bahan dari pengilang-pengilang selagi kerajaan masih mengekalkan harga elektrik dlm tarif sekarang tanpa mempertimbangkan semula utk di kaji penurunannya bermula 25 Disember ini. Sebab kerajaan hanya menjaga golongan kaya raya mengaut keuntungan daripada kita rakyat marhaen di bawah ini.
Aku cukup setuju tindakan ini, ayuh kita pula memboikot penggunaan elektrik selama 1 jam pada jam 8:00 malam 31 Disember 2008 bagi menyampaikan mesej yang jelas, harga tarif elektrik perlu di turunkan segera serta kita desak kerajaan gunakan sepenuhnya turbain d semua empangan bg mengimbangi pembelian tenaga oleh TNB daripada syarikat kapitalis. Bukan nak pujuk kerajaan yg buta dgn masalah ekonomi rakyat, tetapi mendesak minda rakyat bahawasanya kamu ditipu oleh parti kerajaan yg memerintah Malaysia tercinta daripada menikmati kekayaan negara tatkala krisis ekonomi global ini termasuklah nilai ringgit yg jatuh dalam pasaran dagangan mata wang sekarang.
Adakah kamu selesa dgn hanya penurunan ciput harga minyak ini? Bagaimana dengan gas, barang keperluan harian, elektrik dan lain2 lagi? Ada akal, lu pikir la sendiri...
--Sent from my mobile device
PAKAI TONGKAT DAH
4 minggu yang lalu
3 ulasan:
Minyak Tak turun orang naik minyak
salam...
apa yang penin2..(walaupun kekadang aku sendiri yg penin..hehehe) Turunkan saja menteri dan kerajaan sedia adaa...
abis cerita lamaa...buatkan jilid buku baruu...ennaaa daaa....
Catat Ulasan