Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 20 November 2008

KES LIWAT YANG TANGGUH LAGI

PETALING JAYA - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi




Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Pihak pembelaan memohon supaya Anwar dikecualikan daripada menghadiri sesi berkenaan.Mahkamah membenarkan permohonan tersebut tanpa bantahan pihak pendakwa. Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Mahkamah mula bersidang jam 9.12 pagi. Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akur dengan keputusan penangguhan tersebut.



"Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat...tak mahu tangguh-tangguh. "Jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh," katanya ringkas. Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Ia dijadual didengar hari ini dan esok.

1 ulasan:

Joe Rock berkata...

sebagei mat saleh saye berase cukop lucu melihat perangei bangse kamu yang bodo begini buet cerite karot dan rakyet juge suke pilih pemimpin rasuah yg bodoh

Related Posts with Thumbnails