"Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi -
Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam,doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.
"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.
Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.
Berikutan itu,Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.Saiful, 23,telah mendakwa bahawa bekas majikannya,Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.
Dr Osman kemudiannya membuat akuan berkanun yang mempertahankan keputusan laporan perubatannya ke atas Saiful.Dr Osman, yang ditemani peguamnya - M Puravalen dan Yusri Kamarudin - menegaskan sekali lagi perkara itu dalam satu sidang akhbar semalam.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam,Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.
Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.
sumber malaysiakini
*sebab tuh dalam ceramah aku,pernah aku sentuh...lawak terbaik 1 dunia lihat ialah,negara kita ada pakar liwat...hahaha...ingat pakar jantung...pakar bedah...rupanya di malaysia ada pakar liwat...tapi Dr. dari hospital mana ek?rasanya pakar buat skrip liwat adalah...
hello mat ezam,mat jib,nallakarupan...yenggey porenggey???
2 ulasan:
salam BDK,
aku dah beberapa kali masuk hospital swasta, pastu kejap je dah dapat resultnya...ini pulak ada rahsia2?? Pelik sepatutnya tidak mejadi rahsia dan pesakit dah dapt tahu resultnya dengan muah yg menjadi masalah,,,bila dah buat periksa gi lak buat laporn polis?? Kan dah jadi bahan kes?? Tapi patutnya lapor dulu baru gi buat pemeriksaan doktor tapi ni tidak... itulah pasal doktor tu rasa resultnya mudah aje dapat kerana bukan bahan kes sebelumnya...pelik,pelik, pelik,
apapun tahniah kepada doktor tersebut yang masih mempertahankan pemeriksaannya....!!!
kulat lapok...
aku rasa dh mcm nk pening pikir apasal mamat tuh sanggup mengaku kena liwat...iyer la walaupun dpt duit...tp dh mcm superstars...mcm nak terajang jer klau aku jumpa dia..
Catat Ulasan