Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 4 Mac 2010

UMNO DI PELAWA HADIR DEBAT MELAYU TERPINGGIR

Klik Imej untuk besarkan


Malaysiakini

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini menjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu kehormat dalam debat perdana berhubung dakwaan Melayu terpinggir di negeri itu.Turut dijemput Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ketua penerangannya Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican.

Surat tersebut antaranya memaklumkan tempat debat bertajuk 'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' pada 7 Mac ini.Surat kepada pemimpin Pemuda Umno diserahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Rizal Hamid melalui seorang pegawai di pejabat pergerakan tersebut di Bangunan PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi ini.


Sementara surat kepada Najib diserahkan di pejabat setiasusaha agung Umno melalui seorang pegawainya kira-kira jam 11.45 pagi.


Turut mengiringinya ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin.Pada sidang media selepas itu, Badrul berkata Pakatan dan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan diteruskan walaupun pihak terbabit hanya menghantar wakil.



Ditanya kemungkinan kumpulan tersebut tidak hadir, Badrul berkata: "Terpulanglah kepada mereka. Rakyat akan menilainya."


Note : Di Pulau Pinang,jemputan sekali lagi dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bangunan UMNO Negeri oleh deligasi AMK Zulkifli Ibrahim & Amir Ghazali,Dapsy Yb Ng Wei Aik & Dewan Pemuda PAS Saudara Farouk dan pimpinan Pemuda PR P.Pinang.Jemputan tersebut juga dibuat pada jam 12 tengah hari sebentar tadi

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails