Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Ahad, 28 Februari 2010

Jangan sampai orang kata Gabungan Pondan Melayu Semenanjung...


Bernama melaporkan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

"GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu," katanya.

Apa pun, GPMS kelihatan lebih bertamadun berbanding Pemuda Umno yang dilaporkan mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda PR. Takat berani koyak surat, tak macho la. Debat la. Orang tua-tua kata, berani kerana benar.

Walaupun begitu, nampak tak jantan bila GPMS menolak cabaran debat itu. Takut nanti orang tuduh depa sebenarnya Gabungan Pondan Melayu Semenanjung. Setakat ni, saya dah dengar orang kata depa sebenarnya Gabungan Penipu Melayu Semenanjung.

Tak elok la kalau GPMS buka jalan untuk orang tuduh depa macam-macam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails