Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 17 Jun 2009

NASHARUDDIN BAIK KELUAR PAS MASUK UMNO - Malaysiakini

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan
telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

Katanya PAS dan pakatan pembangkang kini telah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Nik Abdul Aziz juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa "nasihatnya mesti didengar".

"Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan "mesti". Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

"Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya," katanya.

Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu. BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang tua nyanyuk ni perangai lebih teruk daripada yahudi.Sekurang-kurangnya yahudi tolong golongan sendiri.Ini tidak,nak hapuskan golongan sendiri lepas tolong musuh dalam selimut.Agaknya dah kena penangan Elizabeth Wong sampai jadi tak tentu hala ni.

nur mohd nidzam berkata...

Bravo Tok Guru bravo.Umno lovers must join umno that's the only logic.The rakyat have high hopes for PAS to replace umno as the leading party in the nation and these guys want to join them.The people voted for PAS thinking it was a better party than UMNO and now tese guys want pas to become UMNO.
Please leave PAS alone and join UMNO and see if you can win your seats at the next GE.
Tanpa nama 15:45 jangan jadi kurang ajar kat ulama mulia seperti TGNA kalau tak sependapat takpa tapi jangan kurang ajar.Inilah sifat penyokong umno

pembela Malaysia berkata...

wahai tanpa nama,

Ko cakap macam ni ko dah buat salah kat manusia..ko nak mati besok sempat ke memohon maaf kat TGNA..mulut ko akan dipertanggungjawabkan..tak takut ke kamu akan Allah?

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi kurang ajar pd TGNA,bandinglah kita siapa jgn tuduh org nyanyuk..umno dan kuncu2nyalah jahat lagi tak ada maruah kebas duit rakyat skandal berbillion ringgit..merogol kehakiman sampai skrg hakim2 bendul masih dlm kehakiman malaysia.cintailah para alim ulamak kot2 esok kemaruk d pinggir neraka cari juga tok guru utk berhujjah..cintanya kpd pewaris para nabi.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ko yg da nyanyuk kott
ko ni aku rasa tak pencancai amno org kuat penyokong UG
ehh blah la lu

Related Posts with Thumbnails