Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 18 Jun 2009

NASHARUDDIN DITERIMA MENJADI AHLI UMNO CHERAS - malaysiakini

Memang telah diduga. Umno akan sentiasa menunggu umpan dikailnya di makan. Walaupun kenyataan Mursyidul Am Pas yang mahukan Ustaz Nasha keluar dari Pas serta dari MP Bachok SEKIRANYA Ustaz Nasha ingin bersama Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu kenyataan berunsur AMARAN dari seorang Mursyidul Am, tetapi Syed Ali Al-Habshee Ketua Umno Bahaian Cheras telah mula merasa seronok.

Apakah Ustaz Nasha berselera dengan Umno? Itu kita belum tahu, cuma kita inginkan satu penjelasan muktamad dari Ustaz Nasha bahawa tiada Kerajaan Perpaduan.Ketua Umno Bahagian Cheras di dalam blognya berkata Umno bahagian itu sedia menerima Ustaz Nasha menjadi ahli Umno. Isu Kerajaan Perpaduan kini berada di kemuncaknya dan Mursyidul Am Pas telah mula lantang mengeluarkan pendapatnya selaku Mursyidul Am.

Apakah MB Kelantan ini tidak suka kepada perpaduan umat? Sudah tentu tidak, kerana di bawah pentadbirannya di Kelantan, usaha untuk menyatupadukan rakyat tidak mengira bangsa, ugama dan parti giat dijalankan. Hasilnya, Pas semakin kuat di Kelantan dan semua rakyat di Kelantan hidup dengan aman dan makmur. Ini membawa maksud, tanpa Umno penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa Umno juga, Islam boleh dikembangkan.

Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. Pas pernah ditendang keluar dari Umno, dan Pas juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai Umno. Bahkan, pemimpin Kanan Pas sendiri Ustaz Nakhaie menyertai Umno. Apakah kesemuanya itu boleh menyatupadukan umat? Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah Umno bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini?

Timbul persoalan, mengapa Pas sanggup bersama dengan PKR dan DAP di dalam PR?Persepakatan Pas dengan PKR dan DAP juga bukan persepakatan mutlak. Persefahaman di dalam PR juga mempunyai syarat-syarat tertentu yang di antaranya semua parti di dalam gabungan tersebut mestilah sentiasa menghormati prinsip dan dasar parti masing-masing. Jangan ada penentangan terhadap dasar parti oleh parti yang lain.

Tumpuan ketiga-tiga parti di dalam PR ini juga adalah terarah kepada perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menolak amalan rasuah, kezaliman, kebebasan media, kehakiman, kedaulatan undang-undang dan beberapa perkara yang semakin rosak di bawah kerajaan Umno/Bn sekarang. Tidak masuk di akal oleh kita, bagaimana mungkin Pas boleh memperjuangkan semua isu ini sekiranya Umno dijadikan rakan sepakat mereka.

Lihatlah siapa pemimpin Umno sekarang di semua peringkat. Lihatlah betapa Umno masih segan atau tidak mampu memisahkan perasuah dari kepimpinan mereka. Apakah jika Pas bersama dan berpakat dengan Umno, maka Pas berupaya mengatasi masalah-masalah tersebut? Bagaimana dengan isu di Perak, bagaimana pula tentang jenayah yang berlaku terhadap Altantuya? Dan, banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya Mursyidul Am Pas telah mengeluarkan kenyataan yang amat tepat, bijak dan berpandukan kepada sejarah silam serta keadaan semasa. Betapa sayangnya beliau kepada Ustaz Nasha sekalipun sudah tentu tidak dapat melebihi cinta, kasih dan sayangnya Mursyidul Am ini kepada Pas.

Apakah Mursyidul Am mempunyai kepentingan peribadi apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini? Tidak masuk akal, kerana beliau tidak akan bermimpi untuk menjadi PM dalam waktu usia sekarang tambahan pula keadaan kesihatannya. Sedangkan jawatan MB Kelantan yang dipegangnya beberapa penggal ini pun sudah mula dirasakannya perlu dilepaskan. Beliau tiada hasrat dan cita-cita lain melainkan inginkan Pas menjadi satu parti yang akan menggantikan Umno memerintah negara ini walaupun pada ketika itu mungkin beliau telah kembali ke alam yang lain.

Selaku seorang ayah, apabila anak tidak mendengar kata setelah diberikan teguran secara baik, dijerkah, akhirnya ayah terpaksa menggunakan rotan untuk mendidik anak kesayangannya. Bagi saya, Ustaz Nasha adalah anak kesayangan Mursyidul Am kerana itulah beliau sanggup mengenepikan beberapa calon anak jati Kelantan yang layak di Bachok dan merestui Ustaz Nasha sebagai MP Bachok. Pengorbanan seorang ayah dan kasih sayangnya perlulah disanjungi oleh seorang anak. Tiada ayah yang sanggup melihat anaknya terbiar dan tersesat jauh dipengaruhi oleh dunia luar yang terlalu banyak bahaya, mudharat dan risikonya. -

wfauzdin

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails