Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 8 Mei 2009

YB V. SIVAKUMAR,KAMU WIRA RAKYAT - malaysiaku



Hee & Ganeson Perosak Sistem Raja Berpelembagaan & Sistem Demokrasi Barisan Nasional

V.Sivakumar yang cukup tenang

Sempat melambaikan tangan sebelum ke dewan undangan negeri

Senyuman seorang pejuang

Apa hak mereka yang cuba mengusir YB V.Sivakumar?

Sedih,Seorang speaker yang kebal di dalam dewan dilayan seperti Binatang,memalukan!!!

Undang-undang rimba,kepada kakitangan awam yang menurut perintah tidak mengikut perlembagaan pastikan mereka akan diambil tindakan undang-undang penjawat awam sewaktu PR mentadbir sebagai kerajaan Persekutuan

Tiada beza antara mereka berdua.Sifat yang sama terserlah seorang pak turut diktator manakala seorang lagi diktator


Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.


Sumber : Kelab Greenboc

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails