Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 6 Mac 2009

SAJAK SAKURA - malaysiakini

Pertubuhan Permuafakatan Apa?

Lagi sekali nak tanya.
Pertubuhan apa?
Yakuza? Mafia?Apa? Penkid daa~?
Tak dengar, pertubuhan apa?
Oh, pertubuhan samseng rupanya?
Simpang tiga? Apa? Tak faham....

Wah, nak tunjuk samseng?
Habis, takkan tunjuk samseng je?
Kenapa tak pukul je?
Kenapa tak belasah je,
lepas tu letup guna mercun ke apa ke?
Kenapa tak buat?
Kenapa tunjuk samseng je?
Kenapa?Takut kena tangkap polis?

Pernah kena tangkap ke?
Atau polis pun sama-sama ahli pertubuhan dengan kau?
Apa? Tak dengar?
Ramai sangat cakap, susah nak faham....oh, ranting kau kuat?
Oh, buah kau banyak?
Buah durian pernah makan?
Sedap tak makan buah durian?
Buah durian siapa buat?
Pertubuhan buat ke? Allah Ta'ala yang buat?
Buah durian warna apa? Dalam isi warna apa?

Apa, jangan tunjuk pandai? Nak belasah aku?
Apasal? Sebab korang ramai ke?
Atau sebab korang ada isi?
Apa? Isi buah durian tak sedap?
Sapa suruh makan buah yang dijual oleh tokey cina?
Pegi dusun tunggu bawah pokok sendiri la!
Apa hal makan buah durian pun nak kena beli?
Tak pernah makan buah durian bawah pokok ke?
Apa? Apa?!.... Tak dengar..... Kenapa suara kau halus sangat?

Ni apasal kepung aku ni?
Ramai berani la brader?
Apa? Siapa Ah Long? Siapa Abang Long? Siapa kekanda? Siapa Ayahanda?
Apa? Mulut gua celupar? Siapa celupar?
Mulut bau busuk banyak dosa ke, mulut orang banyak ucap kalimah Allah?
Siapa lagi celupar?

Apa? Pertahankan bangsa?
Siapa pertahan bangsa? Pertubuhan ke?
Polis ke? Raja ke? Atau agama?
Kalau agama takde, bangsa tetap ada ke?
Atau kalau takde bangsa maka agama pun takde?
Mana lebih dulu? Agama? atau Bangsa?

Apa? Kalau selamatkan bangsa maka agama akan selamat?
Siapa kata? Bangsa mana nak selamat kalau agama Islam diletakkan nombor thani?
Bangsa mana yang selamat kalau pemimpin tidak hormat ulama?
Bangsa mana yang tersohor kalau anak-anaknya menjadi samseng dan lupa untuk belajar tinggi-tinggi??

Buku lima? Mana lagi susah? Buku lima atau buku ilmiah?
Pedang samurai? Mana lagi tajam? Pedang samurai atau mata pena?
Apahal? Sakit hati? Siapa makan cili, dialah merasa pedasnya.

Apa-apa pun, tak payah tunjuk buah kat aku.
Aku dah makan banyak jenis buah.
Jangan nak tunjuk lagak. Salah tunjuk nanti silap-silap, gali lubang sendiri.

Sekian.

PS: Sajak di atas ditujukan kepada mereka yang hanya berani bila bersama pengikut yang ramai, tetapi kecut perut apabila berseorangan.

http://alpinews.blogspot.com

1 ulasan:

doc transz berkata...

Bantu saudara kita yang hidup berdua dengan bajet RM3 sehari.
Baca http://alternate-enter.blogspot.com/2009/03/bantuan-diperlukan-segera.html

Sekian.

Related Posts with Thumbnails