Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 13 Mac 2009

INDAHNYA ALAM CIPTAANNYA

Akhir tahun 1980, ada suatu fenomena pelik dalam sebuah hutan tebal di Russia. Ketebalan hutan tidak memungkinkan sekecil-kecil kenderaan darat merentasinya; jauh sekali dari membawa peralatan berat atau canggih.

Di situ, beberapa lubang ala perigi ditemui. Sekitarnya, tiada kesan kerja-kerja, tiada cebisan tanah atau batu atau sebarang bukti penggalian. Tiada sebarang rasional kegunaan lubang-lubang tersebut. Yang pasti lubang-lubang itu sungguh dalam. Berkali-kali sambungan tali dihulurkan ke dalam, namun belum sampai ke dasaran.

Secara pandangan kasar, lubang-lubang itu terlalu dalam dan amat membahayakan. Tidak diketahuwi di mana dasarannya. Yang pasti, sesiapa yang jatuh ke dalamnya tidak mungkin naik ke permukaan bumi lagi. Justeru, ramai orang Russia mengatakan itu Terowong Ke Akhirat.



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails