GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya...... Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat......
Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Ehsan Srihani Nasution
3 ulasan:
lu pegi mana ni brader...??? lama dah tak update blog..??? lu sibok tahap gaban ni wa rasa... lu nak masuk keja tingkat 52 KOMTAR ka..??? kan DAH KOSONG satu jawatan kat tingkat 52 tu..??? Lu nak jadi TKM 1 ka brader...???
cayalah brader...akhirnya BERJAYA la blog Alahai..Fairus TKM sehingga sang penama LETAKkan JAWATAN teruss...memang betoi dan tidak dinafikan yang selama ini dok canang kat Anwar Ibrahim, dah ada bukti di tangan baru dia nak ambek tindakan....maaf la kerna tumpang sat komen disini kerana di blog alahai dah tak da ruangan nak komen...hehehehehehe...Tahniah Semua!
Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.
Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.
Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?
Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.
Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.
Kesimpulan yang dapat saya buat:
E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.
Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.
Wallahu a’lam.
http://www.unilever.com.my/ourbrands/foods/Walls_Halal.asp
Catat Ulasan