Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 29 September 2008

Jejak Fakir 4....Siri Pertama & Ke-2

Gambar Di Atas : YB Haji Abdul Malik Kassim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Memberi
Kata2 Semangat Sebelum Peserta Konvoi bergerak

Gambar Atas : YB Ong Chin Wee (Pemangku Ketua AMK Pulau Pinang) menyerahkan Bendera keADILan kepada YB Dato' Zaharin Hashim (Ketua Perhubungan keADILan Negeri Pulau Pinang) untuk pelepasan peserta konvoi Jejak Fakir 4 Siri ke-2 (Akhir-28 September 2008)




Atas : Pemilik Syarikat A1 (Berbaju Putih) yang turut menyumbang dalam Program Jejak Fakir 4 ini,menyampaikan sendiri bantuan kepada pesakit warga emas seorang nelayan

Mangsa Ribut,seorang nelayan pantai turut menerima sumbangan dalam siri menjejaki golongan fakir miskin

Gambar Atas : Pengerusi Program Azrizal Tahir berbincang sesuatu dengan jentera Unit Amal PAS P.Pinang yang membantu rumah mangsa ribut di perkampungan nelayan


Azrizal Pengerusi Program Jejak Fakir 4 (sebelah Pemandu) amat keletihan hingga terlelap seketika ketika Datin Mahani mengambil Gambar 'Candid'

Sebilangan tenaga program Jejak Fakir 4 daripada AMK Pulau Pinang,Unit Ehsan,UKP,AIC,Seri Mawar & Syarikat A1 serta Penderma daripada melayu,cina & india yang turut serta dalam Konvoi Jejak Fakir 4 ini.

Kenderaan Konvoi Jejak Fakir 4 sedang mengisi minyak di salah sebuah petrol stesen di balik pulau,Terima Kasih kepada insan yang menyumbang minyak kenderaan konvoi
Sebahagian Kenderaan Yang Bersama2 Dalam Program menjejaki golongan Fakir Miskin Di Pulau Pinang
Sebahagian rombongan Jejak Fakir 4 yang berada di salah sebuah penempatan nelayan di kawasan balik pulau...

Mazlan Ketua UKP (Duduk Sebelah Warga Emas) bersama Datin Mahani & Tenaga Unit Ehsan
Amboi...rancak abang2 AIC kita nih yer,serba hitam...hitam2 si tampok manis....Terima Kasih segala bentuk sumbangan & tenaga kalian

Datin Mahani sewaktu bersama keluarga fakir miskin tegar,berlindung hanya di sebuah kontena usang..Dibawah keadaan kabin kontena yang di huni sebuah keluarga di teluk bahang
Di bawah adalah sebahagian gambar sewaktu Program Jejak Fakir 4 Siri Pertama 21 september 2008

Hai,Saudara Amizudin Ahmat Exco AMK Malaysia yang juga Ketua AMK Bhg Kepala Batas bawa delegasi Ketua & AJK AMK Bhg di P.Pinang nk runding dgn Paklah kerrrr.....????hehehe

Kedaifan golongan warga emas yang mungkin kita terlepas pandang jika tidak di jejaki di manakah mereka utk meringankan beban setakat terdaya dengan sumbangan rakan2


Akhirnya...Program Jejak Fakir 4 melabuhkan tirai menjejaki golongan2 fakir tegar di Pulau Pinang Sejak 21 september 2008 (Seluruh Kawasan Seberang Perai) & 28 September 2008 (kawasan Pulau)...secara keseluruhannya,seramai 125 keluarga di jejaki dengan sumbangan para dermawan yang memberikan sumbangan termasuklah Yayasan Aman (Pengerusi Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato' Wan Ismail) untuk di agihkan kepada golongan miskin dalam menghadapi lebaran yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi...

Ucapan Terima Kasih ini juga di ucapkan kepada seluruh tenaga Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang,Perhubungan KeADILan Negeri Pulau Pinang,Yayasan Aman,Unit Ehsan,UKP Permatang Pauh,AIC Pulau Pinang,Seri Mawar,AMK Bahagian2,Unit Amal,JKKK,Syarikat A1,Datin Mahani yang tidak jemu mengikuti program JF4 dari awal hingga akhir & teamnya,para dermawan serta mereka2 yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung yang tidak sempat aku sebutkan di sini...I Love U All...

Setiap tahun di adakan program ini,idea Bekas Ketua AMK Negeri P.Pinang yang lalu Sdr. Amizuddin Ahmat menjejaki golongan kurang upaya & daif ke seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang...walaupun sumbangan yang terhad setiap tahun tidak melebihi RM15,000...di harapkan usaha kecil ini dapat berterusan & kepada JKKK yang baru di lantik & di berikan amanah oleh kerajaan negeri menjejaki golongan2 miskin ini agar sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam meneruskan hidup menyara keluarga & diri masing2.

Aku harapkan sumbangan ini dapat berterusan dengan para dermawan tidak jemu memberi sumbangan sekadar termampu,dan aku juga di khabarkan Syarikat A1 bukan sahaja akan memberikan bantuan dalam bentuk sumbangan barang keperluan makanan untuk Eidul Fitri ini...bahkan dengan usaha kali pertama beliau bersama peserta konvoi menjejaki golongan miskin ini,beliau turut bersemangat bersama Angkatan Muda KeADILan negeri untuk meneruskan memberi sumbangan pada perayaan Deepavali serta Gong Xi Fa Chai...Thanks Bro,kasi sama orang susah,tuhan kasi rezeki lebih lagi sama kita....

Di masa akan datang atau dalam usaha menjejaki golongan fakir miskin ini di harapkan penglibatan sumbangan daripada pihak swasta amatlah di alu2kan kerna ianya akan di agihkan dari masa ke semasa...anda boleh menghubungi pihak Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang atau mana2 Ketua Angkatan Muda Bahagian untuk menyalurkan sumbangan.Anda juga boleh terus menghubungi Sdr Azrizal Tahir 012-498 4556 setiap masa...Terima Kasih Semua

Lagi Gambar klik [SINI] & [SINI]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails