Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 26 September 2008

Pulau Pinang Laksana Jalur Lebar WiMax Pertama Dunia


PULAU PINANG: Pelayaran internet wayarles melalui WiMAX (Gelombang Mikro yang boleh Saling Kendali ke Seluruh Dunia) akan menjadi satu kenyataan di negeri ini seawal Disember ini.


Kerajaan negeri ini hari ini menandatangani satu perkongsian usahasama dengan Packet One (Malaysia) Sdn Bhd (P1) untuk membolehkan syarikat itu membekalkan infrastruktur bagi WiMAX di negeri ini.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, perkhidmatan wayarles canggih itu akan menjadikan Pulau Pinang bandar raya pertama di dunia melalui pengalaman jalur lebar semasa bergerak.Katanya, WiMAX, satu teknologi telekomunikasi yang bermatlamat menyediakan data wayarles pada jarak yang jauh dalam pelbagai cara dan dari hujung ke hujung pada akses sepenuhnya, akan menjadikan Pulau Pinang selangkah lagi lebih dekat sebagai negeri maju sepenuhnya.


Bercakap di previu WiMAX@Penang di sini hari ini, katanya P1, sebuah anak syarikat Green Packet Bhd dan salah satu dari syarikat telco yang pertama di dunia, merupakan salah satu rakan kerajaan negeri dalam projek Wireless@PENANG yang dilancarkan pada minggu lepas.Di bawah projek Wireless@PENANG, salah satu inisiatif ICT kerajaan negeri, seleuruh negeri itu akan dihubungkan kepada internet dalam tempoh 18 hingga 24 bulan.


Lim berkata, sebagai sebahagian daripada projek itu, WiFi Percuma Pulau Pinang telah dilancarkan pada minggu lepas untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar wayarles percuma yang menyasarkan orang ramai, yang termasuk kawasan yang kurang liputan dan komuniti disekitar tempat makan yang popular, di kampus dan kawasan perumahan berpendapatan rendah.


"Projek itu akan meliputi seluruh negeri, yang termasuk Seberang Prai menjelang September 2010, jika tidak lebih awal dan perkhidmatan jalur lebar wayarles, yang menyandarkan isyarat WiMAX P1, yang berada pada jarak kirakira 30 km dari setiap tapak dan akan menyokong tahap mobiliti yang lebih tinggi kerana para pengguna tidak terikat lagi kepada "hotspot" kerana mereka akan bebas bergerak dan disambungkan secara serentak.


"Sama seperti perkhidmatan jalur lebar komuniti WiFi percuma Pulau Pinang yang kita umumkan pada minggu lepas, WiMAX@Penang akan turut dilancarkan tanpa sebarang pelaburan modal dan perbelanjaan operasi oleh kerajaan negeri," katanya.


Lim berkata, projek itu dipacu 100 peratus oleh sektor swasta dan mereka yang diiktiraf sebagai rakan projek Wireless@Penang akan mendapat sokongan penuh dan kemudahan oleh kerajaan negeri.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif P1 Michael Lai berkata syarikat itu menjangka mengembangkan liputannya ke 70 peratus daripada negeri Pulau Pinang menjelang akhir tahun depan.Katanya, perkhidmatan WiMAX itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dan syarikat itu akan membelanjakan lebih RM20 juta ke atas projek itu.


"Dengan menjadi sebuah negeri WiMAX, Pulau Pinang dengan mudah boleh memperkenalkan tapak Warisan Dunia UNESCO dan membawa pelaburan langsung asing berkelas dunia ke negeri ini," katanya.


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails