Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 24 Februari 2010

Pemuda UMNO Pengecut-Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tindakan Umno Pulau Pinang yang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu kepentingan orang Melayu sedangkan menolak cabaran Pemuda Pakatan Rakyat, adalah helah orang pengecut.

Umno negeri itu dilihat berdolak dalik dan cuba lari dari cabaran sebenar kerana tidak berani berdepan dengan realiti dan fakta dengan berselindung melalui cabaran terhadap Guan Eng.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran yang diuar-uarkan dalam media.”

Pada saya, itu satu helah politik Umno untuk lari daripada berhadapan dengan isu sebenar dan mengelak dari debat ini dilakukan untuk mencari kebenaran."Yang menganjur dan mengajak berdebat datang dari Pemuda Pakatan Rakyat kepada Pemuda Umno, tapi mereka ingin melarikan diri dengan mencabar Lim Guan Eng pula,” katanya.

Sekreteriat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini melontar cabaran kepada Pemuda Umno untuk berdebat isu ’Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ pada 7 Mac depan di Ekspo Seberang Jaya

Shamsul berkata, Umno sebenarnya tidak berminat mencari kebenaran dalam isu kepentingan Melayu Pulau Pinang sebaliknya bermain politik dengan memberi alasan remeh.Sebelum ini, katanya, Umno Pulau Pinang lantang membangkitkan pelbagal isu Melayu dan mengecam pentadbiran Guan Eng tetapi mereka membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan statistik dan fakta sebenar.”

Kalau mereka tidak berani berdebat, terbukti mereka ini pengecut dan mencari publisiti murahan untuk mendapatkan populariti. Apakah tiada bijak pandai dalam Pemuda Umno untuk berdepan Pemuda PR?" katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails