Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 7 Disember 2009

Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul

ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik.Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html

Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:

http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul

i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta

Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah.

Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit.

Kita juga harus berbangga isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.

Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45398-negri-mbs-rm10m-tip-of-hot-money-iceberg

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu baru bekas timbalan ketua polis negara.... kalau bekas ketua polis negara banyak mana pula hartanya???kaya,kaya....puok-puok ni.Harta menteri dalam negeri yang jaga puok ni banyak mana pula ???hARTA perdana menteri yg jaga men. dalam negari pula hartanya banyak mana pula???billion, million,trilion,berlion,emasion,wuhhh....

malaysia baru berkata...

Asalkan halal, ok.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah terlalu bayak macam tu nak halal cam mana!
Penjawat awam bukannya boleh berniaga.
Wallah hualam...

Semoga duit tak mengheret kita ke neraka... fikir-fikirkan lah.

broooo... berkata...

Blogger malaysia baru berkata...

Asalkan halal, ok.
-----------------------------------

confius2... halal kah kalau dah banyak macam tu??????

ini lah diantara puncanya ramai org2 melayu yang masih miskin & melarat...
kais pagi makan pagi & ada yg tak kesekolah pun disebabkan kekanggan ekonomi...

Malaysia negara makmur & kaya...
tetapi kekayaan nya di bolot golongan2 seperti ini...
tiada pengagihan kekayaan samarata... hak rakyat dicuri melalui "jalan belakang"...

semoga "keadilan" menjelma akhirnya....

Related Posts with Thumbnails