Kelas terakhir yang dihadiri oleh beberapa bloggers Perak dan Pulau Pinang ialah PRK Permatang Pauh. Setelah tamat pengajian dalam kelas ini, pada 12 November 2008 mereka menubuhkan BloggersNetwork@Perak; dan pada 8 Januari 2009, menubuhkan pula BloggersNetwork@Penang.
Pada 11 Januari 2009, mereka bergabung dengan bloggers di Kelantan dan menubuhkan BloggersNetwork@Malaysia. Mulai 12 Januari 2009 mereka mulai turun padang di PRK Kuala Trengganu.
Selepas PRK Kuala Trengganu, sepatutnya memulakan kerja-kerja yang telah dirancang, seperti melaksanakan projek CERIA (Center for Economic Research and Innovative Agriculture). Tapi, terpaksa ditangguhkan kerana berlaku kemelut politik Perak.Kemudian, diikuti dengan PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau.
Selesai PRK 2Bukit, pada hari Ahad – Selasa lepas, beberapa hardcore BloggersNetwork@Perak berstesyen di sebelah selatan KL. Berbincang mengenai program yang terbengkalai. Keputusan telah di buat; dan bersiap-siap untuk melaksanakannya.
Hari ini, 16 April, berita perletakan jawatan ADUN oleh Fairus. Berita ini memaksudkan supaya BloggersNetwork@Perak menangguhkan lagi langkah mereka. Berita ini juga memaksudkan supaya BloggersNetwork@Perak bergabung tenaga dan berganding bahu dengan BloggersNetwork@Penang di PRK Penanti. DUN Penanti berada dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, iaitu kelas terakhir mereka.
Dari Permatang Pauh Kembali Ke Permatang Pauh
PAKAI TONGKAT DAH
3 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan