Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”
“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.
Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.
Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.
Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.
Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.
Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.
Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.
Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.
Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.
Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.
Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.
PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.
Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.
Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.BN terselamat manakala PR keciciran peluang.
Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.
Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.
Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.
Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.
Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.
Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.Malah itu juga masalah di sebelah BN.
Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.
Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?
Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.
Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.
Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.
Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.
Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran
Ulasan GB
Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:
Kwsn Kerusi Parti Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo*
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui
Sumber
Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..
Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..
Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah
Layan Dulu Sih
UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!
Nak Relek Klik Kat Video Bawah
PC CM & PEMUDA PR P.PINANG
Rabu, 16 Disember 2009
AHLI PARLIMEN PR GAGAL CIPTA SEJARAH KALAH 3 UNDI
Khamis, 10 Disember 2009
PERHIMPUNAN MEGA DI PERAK
Isnin, 7 Disember 2009
Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul
Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html
Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:
http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul
i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta
Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah.
Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit.
Kita juga harus berbangga isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.
Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45398-negri-mbs-rm10m-tip-of-hot-money-iceberg
Senarai Orang Kaya Di Malaysia
1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)
Ahad, 6 Disember 2009
Kenyataan Media AMKPP Terhadap Teguran SMM
Ehsan : Laman Marhaen
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menghormati luahan mahasiswa melalui Presiden Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) iaitu Sdr Shazni Munir,yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Ini menunjukkan suara Mahasiswa masih lantang dalam menegur & prihatin dengan suasana yang berlaku di sekeliling mereka terutamanya daripada sudut hak kebebasan dan demokrasi rakyat. Perlu diberi penegasan di sini, bahawa AMKPP tidak pernah menolak mana-mana perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini termasuklah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Buah Pala. Adalah tidak benar dakwaan tersebut jika dilabelkan AMKPP menolak hak kebebasan bersuara setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk mentadbir Pulau Pinang. AMKPP sedar bahawa sekiranya kami menolak perhimpunan secara aman, ianya bercanggah dengan apa yang kami perjuangkan selama ini.
Walau bagaimanapun, AMKPP menegaskan dalam sidang media yang dibuat baru-baru ini jelas bahawa kami tidak pernah menolak hak kebebasan bersuara mana-mana pihak bagi menyatakan pendapat terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan rakyat termasuk perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak Pemuda BN di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Cuma, apa yang pasti adalah kami menolak isu yang dibangkitkan Pemuda BN seolah-olah Kerajaan Negeri tidak prihatin dengan penduduk Pulau Pinang. Jelas semua tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Kampung Buah Pala adalah jalan yang terbaik yang mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mendengar rintihan bagi mencari penyelesaian kepada isu berkenaan. AMKPP juga telah membangkitkan perbezaan di antara penyelesaian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Kampung Buah Pala, berbanding dengan tindakan Kerajaan Negeri BN dahulu terhadap penduduk nelayan Kampung Sungai Batu Pulau Pinang. Itu perlu dijawab terlebih dahulu oleh Pemuda BN terutamanya Pemuda UMNO Pulau Pinang. AMKPP juga membangkitkan layanan 'Double Standard' pihak polis ketika berdepan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional serta laporan berat sebelah berita TV3 terhadap perhimpunan tersebut yang hanya bersifat memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Demonstrasi yang diadakan atau disertai oleh Pakatan Rakyat selama ini, adalah jelas mengenai isu besar yang mendatangkan kesan yang amat besar terhadap rakyat seperti isu kenaikan harga minyak yang membebankan, perhimpunan BERSIH bagi membersihkan Suruhanjaya Pilihanraya yang terpalit dengan ketidakpercayaan rakyat, pemansuhan akta ISA yang menzalimi rakyat dan pelbagai lagi. Berbeza dengan demonstrasi anjuran BN hanya lebih daripada memanipulasi pemikiran rakyat dengan tipu helah mereka yang jelas bukannya untuk kepentingan rakyat. Khairy Jamaluddin juga selaku Ketua Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan bahawa para demonstran adalah seperti 'Beruk'. Khairy perlu dipersoalkan mengenai prinsip beliau dalam isu ini apabila yang terlibat dalam demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari, majoritinya adalah di kalangan ahli yang beliau pimpin, di mana beliau juga Pengerusi Pemuda BN Malaysia.
Dalam laporan polis yang dibuat oleh AMKPP, jelas perhimpunan yang dikatakan aman tersebut telah menyebabkan kerosakan di pintu pagar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai menghina persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung pada waktu itu. Tidak cukup dengan itu, gambar YAB Ketua Menteri Pulau Pinang juga dibakar dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak menolak hak bersuara, tetapi jika ianya dibuat berdasarkan pembohongan serta putar belit fakta yang jelas serta dengan sengaja merosakkan harta benda awam, perkara ini perlu diberi perhatian serius. Oleh yang demikian bagi menghormati pandangan Mahasiswa, AMKPP mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menyediakan satu tempat bagi mana-mana pihak yang ingin menyatakan perasaan, suara serta pandangan mereka. Cadangan ini menunjukkan kita tidak menolak perhimpunan secara aman oleh mana-mana pihak, ia juga bagi mengelakkan kerosakan seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah disenaraikan sebagai salah sebuah bangunan warisan. Kita mahu sejarah hitam tersebut itu tidak berulang lagi dan cadangan ini bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Negeri pertama yang menyediakan tempat untuk berhimpun. AMKPP juga mempelawa jika ada mana-mana pihak termasuk SMM ragu atau kurang jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh kami ini atau mana-mana kenyataan media kami, adalah lebih baik untuk berdialog dengan AMKPP terlebih dahulu bagi memperjelaskan maksud sebenar kami.
AMIR HJ. GHAZALI
Ketua Angkatan Muda
KeADILan Pulau Pinang (AMKPP)
013-584 8386
YB SIM TZE TZIN
Timbalan Ketua Angkatan Muda
KeADILan Pulau Pinang (AMKPP)
012-606 8048
‘Rakyat Hakim Negara’.
amkpenang.wordpress.com
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha Angkatan Muda KeADILan
Pulau Pinang (AMKPP)
Rabu, 2 Disember 2009
Anwar Pemikir Ke 32 Terbaik Dunia
Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.
Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.
Setelah disemak keseluruhan 100 nama pemikir terbaik dunia, saya tidak terjumpa nama Najib Razak, Mahathir apa tah lagi Abdullah Badawi.
Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.
Apalah nak jadi dengan Datuk Seri Najib ni. Satu apa pengiktirafan yang positif pun dia tidak dapat.
Sumber KERAJAAN RAKYAT
Laporan Polis kepada pemuda BN oleh pemuda PR P.Pinang
Selepas sidang media di hadapan Dewan Undangan Negeri P.Pinang, AMK P.Pinang bersama Pemuda PAS dan Pemuda DAP terus ke balai polis Beach Street membuat laporan polis. Laporan polis dibuat oleh Azrizal Tahir bagi pihak AMK P.Pinang, manakala bagi pihak DAPSY dibuat oleh YB Eng Wei Aik dan DPP P.Pinang oleh Ustaz Yusni.
Laporan polis :
Saya Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Ketua Angkatan Muda 1, Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. Ingin membuat laporan polis bersangkutan dengan perhimpunan haram yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan.
1. Perhimpunan haram tersebut menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan ketakutan kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang hadir dalam sidang DUN. Peserta perhimpunan haram juga mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan banner serta kain rentang berunsur provokasi merujuk kepada siaran media tv3 jam 8.00pm 30 hb Nov 2009
2. Liputan media yang dibuat oleh TV 3 juga memaklumkan peserta perhimpunan haram telah melakukan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri membohongi penduduk Pulau Pinang . Ini merupakan tuduhan yang amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.
3. Saya juga mahu pihak polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak ‘double standard’ kepada penganjur perhimpunan tersebut kerana ia jelas mengugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Pulau Pinang. Liputan media yang luas telah menyebabkan pandangan serong masyarakat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Laporan ini dibuat agar pihak polis mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram tersebut. Saya juga menegaskan di sini yang pihak polis harus membuka segera fail siasatan terhadap tuduhan pembohongan yang kononnya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengambil tindakan sekiranya tuduhan tersebut hanya fitnah yang dibuat untuk mengugat imej kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sekian Laporan Saya.
Ahmad Azrizal Bin Tahir
KENYATAAN MEDIA AMK P.PINANG 1 Disember 2009
1 DISEMBER 2009
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang serius sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang dan tindakan biadap membakar foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang yang disasarkan untuk merendah-rendahkan kewibawaan kerajaan negeri di bawah pimpinannya. Tindakan mereka yang keterlaluan ini juga telah dianggap menghina Dewan Undangan Negeri yang sedang bersidang.
Perbuatan tersebut walaupun berlandaskan kebebasan bersuara, namun isu yang dibangkitkan begitu kolot & lupa sejarah. Norman selaku ketua Pemuda UMNO P.Pinang dan yang mengetuai Pemuda BN Pulau Pinang pada perhimpunan haram tersebut, sepatutnya membuka mata seluas-luasnya sebelum berdemonstrasi terutamanya mengenai isu yang dibangkitkan seperti isu bayaran pampasan kepada penduduk yang mana tanah tersebut akan dibangunkan.
Sebelum menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada hari ini, AMK Pulau Pinang menyeru agar Norman menjawab terlebih dahulu bagaimana penduduk Kampung Sungai Batu di halau keluar seminggu sebelum sambutan aidilfitri 2006. Ketua AMK P.Pinang waktu itu Amizudin Ahmat berjuang bersama penduduk mempertahankan nasib mereka. Di mana UMNO & Norman ketika itu termasuk pecacai-pecacai yang hadir menyertai perhimpunan haram kelmarin hanya menjadi pengikut tanpa melihat fakta sejarah itu sendiri.
Adakah pelan pembangunan tanah-tanah penduduk ini berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang? Ianya sudah pastinya berlaku ketika zaman pemerintahan BN termasuk isu di Tanjong Tokong. Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang telah berusaha membantu penduduk Kg Buah Pala mengikut lunas undang-undang menerusi cara berunding dengan pihak pemaju hingga berjaya membela nasib penduduk di situ dengan mendapatkan bayaran pampasan yang tertinggi kepada mereka, jika dibandingkan dengan pampasan yang diperoleh oleh kerajaan negeri BN yang lalu kepada penduduk Sg Batu yang hanya sebanyak RM40 ribu sahaja.
Sekiranya Norman mahu menjadi jaguh kampong mengenai isu ini, beliau perlu menjawab isu ini di Kampung Sungai Batu terlebih dahulu. Di mana Pemuda UMNO untuk membantu penduduk menerima pampasan yang setimpal daripada pemaju? dan di mana YB Syed Ameruddin selaku Exco Perumahan Negeri merangkap Adun Bayan Lepas pada waktu itu? Pemuda UMNO tidak lebih hanya berlagak umpama ayam sabung tetapi tak ubah bagaikan ayam piru yang riuh berbunyi.
AMK P.Pinang juga kesal dengan tindakan lewat pihak polis untuk meleraikan perhimpunan haram tersebut yang jelas menunjukkan layanan 'double standard' mereka ketika berhadapan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama juga, AMK P.Pinang amat kesal dengan laporan berat sebelah Buletin Utama TV3 bertarikh 30 November 2009 yang melaporkan kononnya demontrasi tersebut dianjurkan oleh penduduk Kampong Buah Pala. Untuk membuktikan perhimpunan haram ini didalangi oleh pemuda BN, jelas dapat dilihat melalui beberapa kain rentang dan poster-poster yang telah disiapkan awal.
AMIR BIN HJ GHAZALI
KETUA AMK P. PINANG
Note : Kenyataan media tersebut turut dihadiri Ketua DPP P.Pinang Ust Yusni & Ketua DAPSY.Semua kepimpinan AMK P.Pinang turut hadir dalam sidang media tersebut (kecuali Saudara Setiausaha AMKPP yang hadir dalam taklimat di USM)
HIMPUNAN SAMM DI BUKIT AMAN 3 DISEMBER 2009
* Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
* Rasuah dan salahguna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
* kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Untuk menyatakan sokongan semua anak muda dijemput hadir.
sebarang pertanyaan sila hubungi azizi 0123696474
Kenyataan AMK 1 Disember
Angkatan Muda Keadilan
1 Disember 2009
AMK mendesak kerajaan membuka kurikulum BTN untuk dikaji semula
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkenaan dengan keputusan kabinet minggu lalu untuk merombak kurikulum BTN adalah akibat daripada desakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Secara langsung, Mohamed Nazri juga mengakui bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya tumpu kepada satu kaum sahaja dan bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Najib.
Yang mengecewakan adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang masih terperangkap dengan “syndrome of denial”. Beliau hanya menolak semata-mata segala kritikan terhadap BTN khasnya yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut seolah-olah melindungi BTN dan bersetuju untuk terus menjalankan kursus yang berunsur doktrinasi propaganda UMNO serta elemen perkauman yang sempit.
Sebenarnya, masalah BTN hanya merupakan tip of iceberg daripada sistem perkauman atau lebih dikenali sebagai institutional racism yang diwujudkan oleh Barisan Nasional sejak dulu. Masih terdapat diskriminasi di antara kaum yang telah lama wujud akibat daripada layanan yang tidak adil di kalangan rakyat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus BTN merupakan salah satu puncanya yang memperkukuhkan persepsi negatif tersebut.
AMK amat kesal dengan pemimpin Barisan Nasional yang masih mempertahankan masalah BTN. Mereka sepatutnya insaf terhadap kesan-kesan buruk yang telah dihasil oleh BTN. Banyak kesan buruk tersebut telah diutarakan oleh bekas-bekas peserta BTN di dalam media internet seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendengar kepada pandangan orang ramai dan bukannya menuding jari kepada Pakatan Rakyat atau Lim Kit Siang.
AMK menyeru Jabatan Perdanan Menteri untuk membukan kurikulum BTN untuk dikaji semula oleh orang awam. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak menyembunyi kurikulum BTN dan tidak takut dibuka kepada orang ramai, mengapakah sampai hari ini orang awam masih tidak pernah lihat atau baca sebarang buku teks, nota atau modul BTN?
Oleh itu, AMK percaya bahawa hanya melalui perbincangan di kalangan orang awam, satu kurikulum yang bertepatan dengan prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi serta kepelbagaian kaum boleh dihasil. Jikalau BTN hanya semata-mata berasaskan konsep “Satu Malaysia”, maka isi kandungannya masih serba kurang dan tidak berupaya mempertingkatkan kesedaran sivik di kalangan orang awam.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607
Isnin, 30 November 2009
Ayuh Ke Dewan Masyarakat Penyayang
Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia
Penceramah: YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
Masa: 8.30mlm
Tempat: Kompleks Penyayang,Jalan Utama, Pulau Pinang
Percuma! Semua Dijemput.
Bahasa Malaysia dan English
dianjur oleh:
Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang
Khamis, 26 November 2009
Drama Najib & Altantuya?
Selasa, 24 November 2009
Usaha UMNO Kedah Untuk Merampas Kedah Daripada PR
Isnin, 23 November 2009
Jemputan Pada Raya Korban
Khamis, 12 November 2009
BALASUNDRAM
Tuduhan Anwar Sorok RM3 Bilion Tidak Berasas
Rabu, 4 November 2009
PENDEDAHAN DARIPADA KOMENTAR DI BLOG ADUKATARUNA
MARI KENALI TOK GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tempat Lahir : Pulau Melaka, Kelantan
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak
Anak : 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.
Rakyat Penentu Sejarah-Tukar Tiub
Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak. Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh.
Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya - perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah.
Contohnya - memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.Tetapi harus di sedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut.
Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah susuk-susuk ini.Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah – tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai.
Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.Di Malaysia ini - terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ini anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tapi jika rakyat tidak mengambil pot – susuk ini akan terpeleok.Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi.
Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga kan dia merasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi yang kecut dan kempis. Ini congak yang salah.Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial.
Mat Ezam hanyalah manifestasi dari harapan ini. Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR - Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam. Kesian - apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah kalau hendak bersembahyang Jumaat.
Kalau dahulu sepuluh masjid pun tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai bukan oleh individu.Lapan tiga dua kosong kosong lapan adalah contoh dimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan.
Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.Jika ada politikus atau YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam. Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.
Jika Zulkifli Nordin atau Hassan Ali menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat. Jika Badrul Hisham menganggap susuk dirinya bagitu penting maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial tidak ada satu susuk yang penting.Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus.
Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah di beli. Tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin. Jika ombak rakyat sampai – semua akan lingkup.Dalam arus perubahan yang kita lihat pada lapan tiga dua kosong kosong lapan dahulu adalah contoh dimana orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.Betul – rakyat boleh didodoi-dodoikan.
Betul – rakyat boleh di tipu dengan pelbagai helah. Betul – rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap dimana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran. Tidak ada yang lebih kompak dari yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.
Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laongan – lawan dan berjuang – maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada di minggu pertama dan minggu ke dua ketika Anwar Ibrahim dibuang dahulu.
Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti ‘ dia mentor saya ’ - ‘ saya anggap Mahathir sebagai ayah…’ dan dan dan. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir.
Tetapi apabila slogan – lawan tetap lawan – muncul makan beratus ribu anak muda mula turun ke jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia. Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.Melaongan perlawanan terbukti lagi dalam sejarah kes Musa Hitam. Ketika Musa Hitam dibuang dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa Hitam akan terus menjadi tun tikus. Bagitu juga pada Anwar - jika ketika di buang dahulu dia tidak melaongan perlawanan – dia juga akan menjadi dato seri tikus tikus.
Tetapi waspada – jika Musa dan Anwar menikus - ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si Polan menjadi tun tikus maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan.
Tidak lebih dari itu. Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.
Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.Tetapi yakinlah tidak ada satu pun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.(TT)
Khamis, 22 Oktober 2009
Fundraising & Charity Dinner
VIP guest :Dato Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, YB Elizebeth Wong & YB Ronnie Liu
get RM 35 / RM 50 tickets from 0123696474 (Azizi)
Isnin, 19 Oktober 2009
SALAM TAKZIAH
MENGAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK TUMBANG ?
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008.
Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.
Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)
Rabu, 16 September 2009
INFO YANG PATUT ANDA TAHU
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kuantiti yang sederhana mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di kasino Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
9.. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan barkod adalah Wrigley’s gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C. mengalahkan penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Mona Lisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
http://perawi2205.blogspot.com/
Khamis, 10 September 2009
RIZAB EMAS NEGARA SUDAH BERKURANGAN
Khamis, 27 Ogos 2009
CICAK OH CICAK - Malaysiakini
Rabu, 26 Ogos 2009
KENYATAAN BODOH DALAM MEDIA - malaysiakini
Carta Malaysiakini ni korang tengok pula beza undi calon BN PRU-12 dengan PRK kali nih...Kita akui PAS menurun majoriti sebab peratusan keluar mengundi pun hanya sekitar 73%,tapi jangan la pula tak mengaku yang UMNgOK pun orang tak suka mengundi hanya pengundi yang asal sahaja mengundi kepada mereka.Ish...Ish..Ish...
Mengapa Ramai Yang Lebih-lebih Daripada Tuan Punya Diri - malaysiakini
Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.
"Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya.
"Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana," katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Sungai Siput, Perak semalam.
Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti semalam bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.
Beliau berkata Harussani menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan.
"Mufti kemudian menelefon ketua hakim syariah di Perak supaya menghubungi (ketua hakim syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah saya ini.
"...saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)... beliau memang memahami saya...saya jelaskan semua kepada Mufti," katanya.
Mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengemukakan rayuan, Kartika Sari Dewi berkata beliau amat menghormati pandangan itu.
"Saya menghormati pandangan Datuk Seri Najib atas keprihatinan beliau tetapi saya tetap dan nekad dengan keputusan saya (menjalani hukuman sebat)," katanya.
Kartika Sari Dewi berkata sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, dia telah menyesal dan insaf serta berpendirian muktamad tidak mahu membuat rayuan."Sebelum meminta nasihat daripada Mufti iaitu ketika saya buat keputusan saya rela disebat, saya jumpa ulama dan mereka kata saya telah membuat keputusan yang waras dan ada tempatnya," katanya.
Ketika ditanya mengenai beberapa pandangan NGO yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.Kartika Sari Dewi berkata beliau percaya kepada agama Islam kerana Islam itu lembut dan JAIP tahu apa yang dilakukan adalah mengikut panduan dan hukum Islam.
Kelmarin, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari Dewi adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini. BERNAMA
*Yang dok kalut suruh Kartika merayu sebab apa?Dia bertanggungjawab dengan kesalahan dia,kenapa tetiba ramai pula nak ambil nama termasuk Sister In Islam.
Isnin, 24 Ogos 2009
ROHAIZAT MASIH MENIPU PERGUNAKAN SEMUA RUANG BAGI MENGELIRUKAN PENGUNDI - Malaysiakini
Malam itu saya ke Tanjung Berembang bertemu dengan ibu dan bapa saudara Rafizah.
baca di sini
DUN KEDAH MUNGKIN BUBAR? - malaysiakini
Apakah keadaan di Kedah akan berlaku seperti di Perak?Apakah mungkin akan berlaku pembubaran DUN ataupun terus dikekalkan dengan pertukaran kerajaan dengan pengambil alihan BN sebagaimana berlaku seperti di Perak.Apakah mungkin,keadaannya sedikit licik dengan mengambil Speaker dalam golongan yang bersama dengan Radzi Lunas?
Setakat sekarang,sms yang diterima adalah 50-50.Perkara ini disebabkan ada tangan2 ghaib yang cuba mempertahankan daripada berlakunya pembubaran DUN Kedah...pelbagai perkara boleh berlaku,pelbagai andaian boleh dibuat...apa yang pasti.Kedah pastinya dalam keadaan kritikal sekarang
200 JUTA UNTUK TAWAN KEDAH & SELANGOR - malaysiakini
Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.
RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan.
Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor.
Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai.
Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.
Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu.
Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor.
Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.
Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil?
Tidak.Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.
Mampuih pi la.
Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK